awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM

Bernama
Bernama
23/11/2024
05:00 MYT
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Selain daripada kaunter pertukaran topi keledar, JPJ juga menyediakan kaunter semakan dan pembayaran saman, khidmat advokasi keselamatan jalan raya dan kaunter pendaftaran sistem JPJ sempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) kepada pengunjung yang ingin menukar topi keledar lama di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Beliau berkata, walaupun kaunter pertukaran dibuka pada 9 pagi hingga 6 petang, orang ramai telah mula beratur seawal 7.30 pagi.
"Kita mendapat sambutan yang amat baik, kita sediakan 2,000 unit (hari ini) untuk diedarkan kepada penunggang motosikal pada program pertukaran topi keledar bagi meningkatkan keselamatan mereka dengan menggunakan pelindung kepala yang mempunyai kelulusan SIRIM.
"Pembahagian pada hari ini ialah 1,000 unit di sebelah pagi dan 1,000 unit di sebelah petang, namun pengagihan sesi pagi dijangka habis lebih awal kerana setakat jam 10.30 pagi ini, sudah 600 unit topi keledar diedarkan kepada pengunjung," katanya ketika ditemui pemberita di kaunter pertukaran topi keledar JPJ, di sini, hari ini.
Mengenai cadangan untuk menambah kuota unit agihan topi keledar, beliau berkata, kuota kekal pada 5,000 unit sahaja untuk Program 2TM selama tiga hari, kerana pihak JPJ akan melanjutkan lagi program pertukaran topi keledar di program-program lain pada masa akan datang.
"Selain daripada kaunter pertukaran, kita juga sediakan kaunter semakan dan pembayaran saman, khidmat advokasi keselamatan jalan raya dan kaunter pendaftaran sistem JPJ," katanya.
Kaunter pertukaran topi keledar antara pengisian pada Program 2TM bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' yang berlangsung selama tiga hari sehingga esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#topi keledar
#JPJ
#Dua Tahun MADANI
#tukar topi keledar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan