Ibarat sebuah kampung tinggal.
Itu yang boleh digambarkan bila melihat suasana di Pos Kemar, Gerik selepas lebih satu jam perjalanan menaiki bot dari Pekan Gerik, Perak.
Tidak banyak aktiviti dilakukan penduduknya, yang berjumlah hampir 6,000 orang dari 15 buah kampung.
Suasana itu memberi gambaran jelas bahawa pasca wabak malaria itu memberi impak yang cukup mendalam.
Sejurus tiba di jeti Pos Kemar, kami menaiki kenderaan pacuan empat roda dan terus menuju ke Kampung Senangit, iaitu kampung yang merekodkan pesakit malaria paling ramai, 74 orang.
Ketibaan kami disambut Tok Batin, Hamdan Adik, yang lantas meluahkan rasa hati mewakili penduduk suku kaum Temiar itu.
Beliau mendakwa sebelum tersebarnya wabak malaria, pesakit yang mengalami gejala demam hanya diberikan ubat demam tanpa sebarang ujian darah walaupun telah tiga kali berjumpa doktor.
“Masa kami ramai yang demam lebih kurang dalam bulan Julai dan Ogos, kami pergi buat pemeriksaan kesihatan dekat Klinik Kesihatan Pos Kemar. Mereka (kakitangan perubatan) anggap demam biasa sahaja. Bila pergi pemeriksaan, dia (doktor) hanya bagi Panadol.
“Lepas lima hari makan ubat, kemudian ramai yang demam semula. Apabila pergi lagi sekali ke klinik, masih sama, beri ubat (tiada ujian darah). Kami sampai terpaksa memaksa doktor untuk buat ujian darah sebab tak sembuh. Kemudian positif malaria,” katanya.
Beliau terlalu kesal dengan tindakan kakitangan kesihatan yang seolah-olah tiada tindakan awal sebelum wabak itu tersebar.
“Kadang-kadang kami ini sebagai penduduk terpaksa mendesak mereka untuk mengambil darah. Jadi mereka sepatutnya tidak perlu begitu. Kami yang sakit ini pula perlu desak sebegitu.
“Dia (doktor) memang tahu kerana itu tanggungjawab dia. Jadi saya amat ragui jikalau dia tengok sahaja dan kemudian dia bagi ubat sahaja, saya amat ragui.
“Yang baru-baru ini itu yang terjadi sebab kami sudah tengok pesakit semakin ramai. Jadi kami tengok (berpandangan) untuk berjumpa doktor dan kemudian doktor hanya bagi panadol tetapi kami masih lagi tidak sihat. Sekarang kami ini positif malaria,” keluhnya.
Ikuti laporan eksklusif Asyraf Hasnan yang menemubual Hamdan Adik di kediamannya di Kampung Senangit, Pos Kemar, Gerik.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Dec 26 2016

Wartawan Astro AWANI, Asyraf Hasnan bersama jurukamera, AB Uzza AB Latiff menelusuri kehidupan komuniti Orang Asli di Pos Kemar, Gerik. - Gambar fail

COVID-19: Paula Abdul kembali ke kerusi juri 'American Idol', kerana ...
Juri American Idol Luke Bryan dilaporkan positif COVID-19, menyebabkannya dia terpaksa digugurkan dari episod pertama program nyanyian realiti terbitan rangkaian televisyen ABC itu.

10 sekolah terjejas akibat ribut akan segera diselenggara
Penyelenggaraan tersebut perlu disegerakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak terjejas.

Ramadan 2021: Negara mana yang berpuasa paling lama dan singkat tahun ini?
Bagi umat Islam di Malaysia, jangkaan puasa selama 13 jam akan disambut dengan kebanyakan kawasan dijangka menerima hujan.

Bank Negara tambah 2 syarikat baharu dalam senarai amaran perniagaan perkhidmatan wang
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemaskinikan dan menambah dua syarikat baharu dalam Senarai Amaran Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB).

Politik identiti asas teras atau halangan kepada perpaduan nasional?
Politik identiti perlu menghormati dan mematuhi batasan yang sedia ada dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan ideologi nasional.

COVID-19 | Sarawak catat jangkitan COVID-19 tertinggi
Kita bersama Dr Helmy Hazmi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam UNIMAS bagi perinciannya.

2,500 peniaga bazar Ramadan di Kelantan bakal terima sagu hati
Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada 2,500 peniaga yang terjejas akibat pembatalan operasi bazar Ramadan.

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat perlu pendekatan holistik
Cabaran ekonomi ketika ini menuntut supaya para graduan serta mereka yang menganggur mempunyai kemahiran yang diperlukan pasaran.

Nasi kuning jejaka kacak persis pelakon terkenal Korea 'Lee Min Ho' laris
Selain perniagaan yang semakin laris, Dobby turut mengakui terdapat wanita yang mengajaknya keluar, namun dia menolak dengan baik.

14 pendaki sesat di dalam Gua Kelam Tiga sejak Isnin
Empat belas pendaki dari dua buah kelab rekreasi tempatan terperangkap lebih 20 jam di Gua Kelam Tiga di sini sejak petang semalam.

Polis kenal pasti wanita dakwa anggota IPD Gerik maut akibat vaksin COVID-19
Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah merakam keterangan pemilik akaun iaitu wanita dari Pulau Pinang.

Vaksin: Anggota polis yang kononnya meninggal dunia, tidak alami gejala semasa disuntik
Anggota balai polis Gerik berusia lingkungan 50-an itu, menerima dos pertama pada 13 Mac lepas dan menerima dos kedua pada pukul 9 pagi semalam.

Kenderaan jatuh gaung, pemandu lori tunda maut
Difahamkan, mangsa merupakan seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an, yang memandu lori tunda lima tan.

Mayat lelaki berkafan ditemui tepi jalan
Mayat seorang lelaki yang dibalut dengan kain putih seperti dikafan ditemui di tepi jalan KM57 Jalan Gerik- Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau, di sini pada Isnin.

Suami isteri maut, dua cucu cedera kereta bertembung lori
Pasangan itu dikenali sebagai Muhamad Zaidi Mohamad Dahalan, 57, dan Rosmiza Mohd Zain, 51, dari Tanah Merah, Kelantan.

PKPD di SMK Sultan Idris Shah II di Perak, dan Kampung Sebako 1, 2 di Sarawak
PKPD dilaksanakan di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak bermula 6 Februari sehingga 19 Februari 2021.

Sekolah ditutup akibat COVID-19, gajah hadir cari makanan
Kejadian itu sempat dirakam seorang lelaki yang berada di dalam kawasan sekolah berkenaan, namun haiwan liar berkenaan tidak bertindak agresif termasuk mencederakannya.

Anak gajah ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan berat
Anak gajah itu dianggarkan berusia empat hingga lima tahun.

Hujan berterusan menyebabkan Hentian Royal Belum, Gerik dinaiki air
Pihak TNB memantau dan mengawal pelepasan air dari Tasik Banding ke Sungai Perak melalui alur limpah bagi mengelakkan berlaku kejadian banjir.

Hujan lebat punca tanah runtuh di JRTB
Berikutan itu, hanya satu lorong dibuka di sekitar kawasan terlibat selain papan tanda amaran turut dipasang.