Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bukit Baru Melaka, hari ini.
Dalam kejadian sekitar jam 12 tengahari, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin dikatakan dibawa ke unit kecemasan Hospital Melaka oleh pihak taska dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.
Bapa bayi malang itu, Zainal Abidin Deraman, berkata dia yang bertugas sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, dimaklumkan perkara itu oleh isterinya sebelum bergegas ke hospital.
Ujarnya, anak keduanya itu dihantar ke taska berkenaan sekitar jam 7 pagi dalam keadaan sihat.
Malah jelasnya, hari ini merupakan hari keenam bayinya dihantar ke taska tersebut.
Katanya, sebelum ini, Yusof dijaga selama dua minggu oleh ibu mertuanya selepas isterinya, Roslina Ismail, seorang guru berusia 34 tahun, memulakan tugas.
"Hari ini baru hari keenam (di taska). Tibanya saya di sini, doktor memberitahu anak dah meninggal.
"Menurut pihak taska, selepas anak saya diberi susu dalam pukul 8 lebih, dia tidur lama. Sampai dalam pukul 11 pagi, muka dia nampak biru. Mereka buat CPR sebelum menghantarnya ke hospital.
"Itu taska punya cerita, lah," kata Zainal Abidin yang juga berusia 34 tahun.
Dalam sebak ujarnya lagi, sebagai bapa tentunya dia terkilan dengan insiden tersebut memandangkan dia dan isteri menunggu lapan tahun untuk mendapatkan zuriat kedua.
Bagaimanapun, katanya dia redha dan enggan menuding jari pada mana-mana pihak dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa.
"Saya redha, cuma saya nak tahu bukti sebenar supaya puas hati. Saya minta bedah siasat dibuat supaya puas hati. Buat masa ini kita tidak tahu punca kematian.
"Cuma saya sedih, dia meninggal ketika saya tiada. Sebelum ini, memang perkara sebegini yang saya nak elakkan, kan banyak isu… sebab itu saya bagi mak mertua saya jaga dia," kata Zainal Abidin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Supt Afzanizar Ahmad mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan selain mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.
Proses besah siasat difahamkan hanya akan dijalankan pada jam 8 malam ini di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Jul 23 2018

Zainal Abidin bersama anak keduanya, Yusof Al-Baihakki. - Foto ihsan keluarga

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.

Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.

Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.

Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.

Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.

Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).

Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis
Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.

JKNS siasat kematian bayi di Hospital Likas
Ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan dia sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini.

Bayi mati: Nur Najihah diperintah jalani pemeriksaan mental
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang wanita yang didakwa menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Johor.

Hanya enam hari di taska, bayi maut dipercayai tersedak susu
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu di sebuah taska di Bukit Baru Melaka, hari ini.

Bayi antara dua beranak rentung dalam kebakaran
Dua beranak, antaranya seorang bayi berusia tiga bulan, rentung dalam kebakaran di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar di Pulau Pinang awal pagi tadi.