awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya perkhidmatan klinik pakar bidang perubatan am ditangguh - Hospital Sarikei

Bernama
Bernama
28/01/2021
22:14 MYT
Hanya perkhidmatan klinik pakar bidang perubatan am ditangguh - Hospital Sarikei
Hospital Sarikei pada Khamis menjelaskan bahawa hanya perkhidmatan di klinik pakar bidang perubatan am yang akan ditangguh buat sementara waktu. -Bernama
SIBU:Hospital Sarikei pada Khamis menjelaskan bahawa hanya perkhidmatan di klinik pakar bidang perubatan am yang akan ditangguh buat sementara waktu manakala perkhidmatan pakar bidang lain masih beroperasi seperti biasa.
Kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam itu memaklumkan penjelasan tersebut dibuat untuk memberi pencerahan kepada orang ramai berikutan pengumuman Penutupan Klinik Perubatan Pesakit Luar di Klinik Pakar Hospital Sarikei yang tular di media sosial.
"Bagi janji temu pesakit yang terjejas susulan daripada keputusan ini, pihak pengurusan Klinik Pakar akan menghubungi pesakit yang berkenaan bagi tujuan penjadualan semula janji temu dan bekalan ubat.
"Pihak pengurusan Hospital Sarikei memohon maaf di atas kekeliruan tersebut. Segala kesulitan amat dikesali," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyatakan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hospital Sarikei di talian 084-653 333 sambungan 1080 atau WhatsApp ke talian 019-9279 281.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Sarikei
#klinik pakar
#bidang perubatan am
#Penutupan Klinik Perubatan Pesakit Luar
#perkhidmatan pakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan