awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya sebahagian kenderaan NGO dibenar masuk ke Taman Sri Muda - Polis

Bernama
Bernama
21/12/2021
06:06 MYT
Hanya sebahagian kenderaan NGO dibenar masuk ke Taman Sri Muda - Polis
Kesesakan di lokasi dikhuatiri akan menambahkan lagi kemudaratan dan menyukarkan proses menyelamatkan nyawa mangsa, selain mengelak kejadian lebih buruk berlaku. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Hanya sebahagian kenderaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibenarkan keluar dan masuk ke kawasan bencana banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini manakala kenderaan orang awam tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib menyatakan sedemikian susulan tular di media sosial berhubung seorang individu yang mendakwa dihalang untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda.
"Tindakan mengawal kenderaan awam masuk ke lokasi banjir adalah bertujuan mengelak kesesakan dan memberi laluan kepada lori yang keluar masuk membawa mangsa ke pusat pemindahan sementara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Sembilan terkorban akibat banjir di Shah Alam
Baharudin menjelaskan kesesakan di lokasi dikhuatiri akan menambahkan lagi kemudaratan dan menyukarkan proses menyelamatkan nyawa mangsa, selain mengelak kejadian lebih buruk berlaku memandangkan paras air sungai meningkat pada ketika itu.
Banjir Sri Muda: Satu lagi mayat ditemukan lewat malam Isnin
Katanya semasa kejadian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang bertungkus lumus menyelamatkan dan mengeluarkan mangsa banjir daripada kawasan berkenaan yang sedang ditenggelami air.
"Keprihatinan semua NGO dan orang awam amatlah dihargai dalam usaha membantu mangsa banjir, bagaimanapun suka diingatkan agar semua pihak tetap mematuhi arahan pihak berkuasa supaya dapat memudahkan proses menyelamatkan mangsa dilaksanakan," katanya.
Menurutnya Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengambil tindakan segera bagi menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa yang terjejas banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#taman sri muda
#NGO
#polis shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan