awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya seorang murid mula persekolahan di SKJC Aik Hua

Bernama
Bernama
04/01/2016
16:07 MYT
Hanya seorang murid mula persekolahan di SKJC Aik Hua
Oon Sheng Juin (gambar), 7, hadir ke sekolah tersebut yang terletak di sebuah perkampungan nelayan dengan ditemani nenek Lim Pek Eng, 65, yang merupakan seorang pekerja kedai kopi. - Foto BERNAMA
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Hua di Pulau Pasir Hitam di sini mencatat sejarah apabila hanya seorang murid memulakan sesi persekolahan tahun 2016, pada Isnin.
Oon Sheng Juin, 7, hadir ke sekolah tersebut yang terletak di sebuah perkampungan nelayan dengan ditemani nenek Lim Pek Eng, 65, yang merupakan seorang pekerja kedai kopi.
"Dia mempunyai minat untuk bersekolah. Saya lihat dia suka belajar," kata Lim ketika ditemui pemberita.
Sementara itu, guru besar sekolah tersebut Hee Kam Poong, 51, yakin Oon akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran walaupun dia merupakan pelajar tunggal di sekolah itu.
"Murid ini juga aktif kerana dia minat untuk belajar walaupun dia tidak boleh menguasai bacaan A hingga Z," katanya.
Selain guru besar, sekolah itu turut mempunyai dua lagi guru iaitu Tan Boon Lin, 34, dan Chuah Hooi Tee, 32.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Sekolah Cina Perak Datuk Lee Kon Yin berkata pihaknya sedang berusaha untuk memindahkan SJKC Aik Hua ke tempat lain memandangkan lokasi semasa tidak sesuai.
"Kita sedang berunding dengan pemaju untuk menyediakan tapak seluas 1.2 hektar bagi membina bangunan sekolah baharu.
"Perpindahan sekolah ini penting bagi membolehkan murid dapat belajar dengan selesa," katanya yang turut melawat Oon di sekolah itu.
Topic Berkaitan
#Oon Sheng Juin
#Pulau Pasir Hitam
#sekolah
#SJKC Aik Hua
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan