awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haram vape: Perak akan buat keputusan setelah kajian menyeluruh

Bernama
Bernama
04/06/2025
10:46 MYT
Haram vape: Perak akan buat keputusan setelah kajian menyeluruh
Saarani berkata perkara berkenaan dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Kerajaan Negeri Perak sedang meneliti secara menyeluruh keperluan untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara berkenaan dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak baru-baru ini, namun ada perkara yang perlu diperhalus dengan lebih komprehensif.
Beliau berkata perkara itu juga telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak A. Sivanesan untuk diteliti.
"Saya telah bercakap kepada beliau (Sivanesan) tentang perkara ini kerana satu kajian mendalam daripada aspek kesihatan, namun ada beberapa perkara lain yang perlu diperhalus.
"Selain itu, kita juga ada dapat permintaan daripada persatuan peniaga vape untuk diadakan perjumpaan, jadi ada perkara yang perlu kita tengok sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040 di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sandrea Ng Shy Ching dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Mohd Azlan Helmi Helmi.
Saarani berkata kajian itu diharap dapat dibentangkan dalam MMK akan datang meliputi keseluruhan aspek sama ada kesihatan, termasuk kesan kepada peniaga vape itu sendiri.
Sebelum ini, Saarani berkata sebarang keputusan larangan penjualan vape dijangka diputuskan pada 28 Mei lepas dan kerajaan negeri akan mengambil kira pandangan peniaga, ibu bapa, pendidik serta pihak Jabatan Mufti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengharaman vape
#larangan
#rokok elektronik
#Kerajaan Negeri Perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan