GEORGE TOWN: Pulau Pinang berharap Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan pemeteraian Projek Air Perak Pulau Pinang yang ditunggu-tunggu sejak 2011 lagi.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek itu perlu dilaksanakan kerana ia bukan saja akan memanfaatkan Pulau Pinang, tetapi juga negeri lain di utara semenanjung, di samping menjadi Pelan Kontigensi Air Pulau Pinang 2030 untuk meningkatkan bekalan air kepada 602 juta liter sehari.
"Saya percaya pada peringkat ini ada banyak perbincangan teknikal sedang berlaku dan mungkin pihak-pihak berkenaan belum sedia untuk mengumumkan bila projek itu akan dilaksanakan.
"Nmun saya minta supaya perjanjian bagi projek itu dapat segera dimeterai, dan dilaksanakan tahun ini juga," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pembukaan bagi 'Pioneer the Possible- Green Production Forum' di Penang Institute di sini, pada Jumaat.
Chow berkata buat masa ini kerajaan negeri masih menunggu perkembangan selanjutnya mengenai projek itu memandangkan Pulau Pinang hanyalah pihak penerima.
"Projek pun bukan berlaku dalam negeri Pinang Pinang kerana kebanyakan dan sebahagian besar melibatkan rundingan dengan kerajaan negeri Perak dan saya percaya ia sedang dilakukan.
"Di peringkat Pulau Pinang kita akan terlibat dengan rundingan komersial seperti harga tarif, berapakah jumlah air yang diperlukan, tempoh kontrak dan sebagainya," katanya.
Pada 3 Jan lepas, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata Projek Air Perak Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilakukan tahun ini kerana perlu menunggu peruntukan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Kerian, Perak selain menyelesaikan terlebih dahulu proses berkaitan bekalan air terawat antara kedua-dua negeri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan ke Pulau Pinang pada 16 Feb lepas pula memberitahu kerajaan Persekutuan akan menyegerakan projek Air Perak Pulau Pinang selepas mengumumkan untuk membangunkan Kerian Hi-Tech, yang turut akan membawa limpahan pelaburan dan pembangunan ekonomi ke Seberang Perai Selatan (SPS) termasuk di Sungai Acheh.
Sementara itu berkenaan pembenihan awan Chow berkata Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan terus memantau keperluan untuk melaksanakan pembenihan awan sekali lagi memandangkan dua proses yang dilakukan sebelum ini gagal membawa hujan.
"Pembenihan awan bukan jaminan akan hujan, jadi kita masih harapkan hujan semula jadi. Sekiranya tak perlu maka (pembenihan awan) tidak akan dilanjutkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Chow berkata projek itu perlu dilaksanakan kerana ia bukan saja akan memanfaatkan Pulau Pinang, tetapi juga negeri lain di utara semenanjung. - Foto fail/BERNAMA
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Stesen terbabit ialah Stesen Monorel Bukit Nanas, Stesen Monorel Raja Chulan, Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen Monorel Imbi.
[TERKINI] Vaksin COVID-19 AstraZeneca ditarik balik, komplikasi serius
Syarikat farmaseutikal gergasi Vaksin Covid-19, AstraZeneca menarik balik vaksin keluarannya daripada pasaran dunia.
Ia selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
Ia selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
[TERKINI] Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari lalu pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, kini Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Harap projek air Perak Pulau Pinang dapat disegerakan - KM
Pulau Pinang berharap Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan pemeteraian Projek Air Perak Pulau Pinang yang ditunggu-tunggu sejak 2011 lagi.
Ahli Parlimen, ADUN Selangor akan diberi taklimat berkenaan MoU projek air
Ahli Parlimen dan ADUN Selangor akan diberi taklimat oleh Menteri Besar berkenaan MOU projek air yang bakal dilaksanakan.