awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang

Bernama
Bernama
07/05/2024
22:30 MYT
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Wan Salim berkata pegawai atau pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta ada menerima gaji atau upah sebagai ganjaran bagi kerja atau tugas yang dilakukan. - Foto fail/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata termaklum bahawa para pegawai atau pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta ada menerima gaji atau upah sebagai ganjaran bagi kerja atau tugas yang dilakukan.
"Agama Islam menghendaki umatnya besungguh-sungguh dan tekun apabila melakukan tugas atau pekerjaan malah realiti menunjukkan bahawa kecuaian dalam melaksanakan tugas atau pekerjaan menyebabkan kemunduran negara dan bangsa dalam mengejar kemajuan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata susulan itu, pihak kerajaan sentiasa menggalakkan seluruh warga kerja sama ada di sektor awam atau swasta supaya bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh, semoga dengan demikian Malaysia akan tergolong sebagai salah sebuah negara termaju di dunia serta dihormati di peringkat antarabangsa.
Wan Salim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang meminta semua penjawat awam memantau dan mengenal pasti kakitangan kerajaan yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.
Anwar dilapor menegaskan bahawa mereka yang didapati malas, cuai dan tidak hadir kerja, tidak boleh menerima layanan yang sama, termasuk mendapat kenaikan gaji.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekerja sambil lewa
#mengkhianati amanah
#Mufti Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan