Sebanyak 28 daripada 71 jenis barangan mengalami kenaikan harga antara empat hingga 50 peratus di Johor.
Ia hasil tinjauan harga barang yang dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor di lapan pasar awam utama seluruh negeri.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat, berkata antara barang yang naik ialah kobis bulat dan cili hijau.
Sementara itu, 33 jenis barang mencatat penurunan harga antara 3.85 peratus hingga 41.67 peratus, manakala 10 jenis barang masih mengekalkan harga yang sama iaitu daging lembu tempatan, daging kerbau import, kelapa parut, santan dan telur ayam.
Menurut Aris, harga ayam mentah bagi sesetengah pasar berubah-ubah mengikut harga yang diperolehi dari pembekal dengan catatan antara RM8.20 hingga RM8.80 sekilogram.
"Kalau ada aduan yang menyatakan ada penjual ambil keuntungan berlebihan, kita akan ambil tindakan dan beri notis kepada mereka," katanya selepas membuat tinjauan harga barangan basah di Pasar Awam Larkin di sini.
Jelasnya, pihaknya juga sedang membuat pemantauan harga bagi kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pada 1 Jun nanti, semua urus niaga akan dikenakan kadar sifar GST dan, kata Aris, tidak ada alasan lagi untuk pemborong, peniaga atau peruncit bagi mengenakan kadar enam peratus GST.
Beliau menjelaskan, pada waktu itu, harga barangan bukan turun seperti yang didakwa pengguna, tetapi disebabkan kadar sifar GST, harga barang dijangka berkurangan.
"Cuma kita risau, dia (penjual) meletakkan harga tinggi semasa masih ada GST, kita nak pastikan harga tu tiada GST sebenarnya, itu bukan turun harga, cuma dia tiada elemen GST.
"Kalau harga asal sesuatu barang RM106, maka pada 1 Jun nanti harga jadi RM100. Kita membantu kerajaan ke arah itu," kata Aris.
Penghapusan kadar enam peratus GST merupakan antara janji Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu.
Shahrul Hassan
Sun May 27 2018
Aris meninjau harga ikan ketika menjalankan pemeriksaan di Pasar Awam Larkin hari ini. - BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Harga 28 jenis barang naik di Johor
Ia hasil tinjauan harga barang yang dilakukan KPDNKK Johor di lapan pasar awam utama seluruh negeri.