awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga bahan mentah meningkat, kurang bekalan bebankan peniaga

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
30/01/2023
05:21 MYT
Harga bahan mentah meningkat, kurang bekalan bebankan peniaga
Mohd Faizul Rohban berkata harga bahan mentah ketika ini meningkat dan tidak menurun seperti didakwa. -Astro AWANI
KOTA BHARU: Pengusaha kedai makan mengakui sukar untuk mengurangkan harga makanan susulan bekalan barangan yang berkurangan serta harga bahan mentah yang tidak menurun.
Menurut pemilik kedai roti tempayan di Pasir Pekan, Tumpat, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 38, harga bahan mentah ketika ini meningkat dan tidak menurun seperti yang didakwa.
"Minggu lepas menteri umum 'boikot' kedai makan (cadangan 'pulau' kedai makan yang dikemukakan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli).
"Namun, sebenarnya bagi peniaga seperti kami agak mustahil untuk menurunkan harga makanan.
"Meskipun menurut menteri kebanyakan harga menurun namun bagi peniaga seperti kami, setakat hari ini masih tidak menjumpai barangan yang turun itu.
"Ini kerana kebanyakan barang hari ini mengalami kenaikan serta sukar untuk mendapatkan bahan mentah.
"Seperti saya sebagai peniaga roti ini mendapati kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah seperti kambing dan kaki kambing.
"Sampai ke hari ini, bekalan kaki kambing tu masih lagi terputus dan kita masih belum mendapatkan stok," katanya ketika ditemui pada Sabtu.
Menurutnya, ada sesetengah kedai yang menjual dengan harga yang mahal kerana kesukaran mendapatkan beberapa bahan mentah.
"Sebelum ini boleh dapatkan pada harga RM16 sekilogram sekarang ni RM20 sekilogram itu yang menyebabkan kita tak beli.
"Kalau kita beli akan menyebabkan kenaikan kos dan kita terpaksa menaikkan harga kari kaki kambing jadi kita mengambil keputusan untuk tidak beli bahan mentah tersebut supaya tidak membebankan kami dan pelanggan," katanya lagi.
Jesteru, Mohd Faizul meminta agar cadangan untuk 'memboikot' kedai makan itu perlu diteliti dan mengambil kira terhadap faktor peningkatan harga barangan.
Sebelum ini, Rafizi mengulas mengenai sikap pengusaha restoran dan kedai makan yang gagal menurunkan harga makanan, meskipun kos bahan mentah dikatakan semakin menurun.
Jelasnya, pengguna perlu bertindak lebih proaktif terhadap perubahan harga barangan dengan mengelak daripada berkunjung ke kedai makan yang menawarkan harga yang tinggi dan tidak berpatutan.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#peniaga
#Kota Bharu
#pemilik kedai roti tempayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan