SHAH ALAM: Pengguna disaran tidak menghebahkan maklumat berhubung kenaikan harga barangan yang tidak munasabah dalam media sosial tetapi melaporkannya terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN Datuk Rohaizi Bahari berkata ia antara lain bagi memastikan bukti berkenaan harga makanan atau barangan di pasaran yang tidak munasabah itu tidak hilang sebelum penguat kuasa kementerian melaksanakan siasatan.
"Kalau lihat ada sesuatu harga barangan yang tidak munasabah dan ingin buat aduan, pengguna digalakkan untuk terus laporkan kepada KPDN ... dari situ, pihak kami boleh turun pantau dan siasat.
"Apabila ditularkan, ada (kemungkinan) bukti itu hilang dan sebagainya. Jadi lebih baik maklumkan kepada KPDN dan kita akan hantar pasukan penguat kuasa dengan segera untuk melihat aduan berkenaan," katanya mengulas tindakan kementerian itu dalam menangani kenaikan harga barangan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Pasar Raya AEON Setia Alam di sini hari ini.
Rohaizi berkata aduan yang tepat dan terperinci perlulah dibuat di saluran yang betul supaya pihaknya dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan sesegera mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Ia antara lain bagi memastikan bukti itu tidak hilang sebelum penguat kuasa kementerian melaksanakan siasatan. -Facebook KPDN Negeri Terengganu
PM arah usaha banteras kecurian diesel di seluruh Malaysia dipergiat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk mempergiat operasi terhadap penyalahgunaan dan kecurian diesel di seluruh Malaysia.
AWANI 7:45 [31/05/2024] - Tiada yang akan terlepas | Beri tender kepada yang layak | Harga Musang King dijangka naik
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Polis panggil pegawai kes pukul OKU, TMJ tegaskan jangan kait institusi raja
PM ingatkan bagi projek pada yang layak, jangan sampai lingkup
Kesan cuaca panas, pengeluaran Musang King jatuh 70%
China lanjutkan pengecualian visa pelancong Malaysia kepada 30 hari
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Polis panggil pegawai kes pukul OKU, TMJ tegaskan jangan kait institusi raja
PM ingatkan bagi projek pada yang layak, jangan sampai lingkup
Kesan cuaca panas, pengeluaran Musang King jatuh 70%
China lanjutkan pengecualian visa pelancong Malaysia kepada 30 hari
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data inflasi AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas unit negara maju itu meneruskan peningkatan menjelang pengumuman data inflasi lewat hari ini.
Pasaran getah ditutup rendah, alami pembetulan teknikal
Pada 5 petang, harga penutup MRB untuk SMR 20 adalah 827 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 784 sen sekilogram.
Secara jujurnya saya sendiri agak malu - Ahmad Faizal
Pemimpin politik, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan beliau agak malu kerana tekanan dan semangat yang ditunjukkan ke atas penduduk Gaza di negara ini tidak sehebat di negara luar.
TPM Ahmad Zahid lakukan kunjungan hormat ke atas Penasihat Negara China
Ahmad Zahid hari ini meneruskan misi bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Penasihat Negara China.
Bantuan tidak sampai ke penduduk Gaza, kanak-kanak kebuluran
"Mereka jelas tidak mendapat jumlah yang mereka sangat perlukan untuk mengelakkan kebuluran."
Isu gangguan bekalan air, elektrik di Labuan berkurangan - Dr Zaliha
Namun begitu, perlu ada penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan penduduk Labuan terus menikmati kemudahan asas ini dengan lebih baik.
Desakan Malaysia tarik diri daripada Rimpac: 'Kita perlu ambil pendekatan rasional' - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu perlu dipertimbang dengan teliti selain melihat potensi implikasinya.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 7.58 mata atau 0.47 peratus kepada 1,596.68 daripada paras penutup 1,604.26 pada Khamis yang menyebabkan indeks itu ditutup di bawah paras psikologi 1,600.
Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPDN
Ia antara lain bagi memastikan bukti berkenaan harga makanan atau barangan di pasaran yang tidak munasabah itu tidak hilang sebelum penguat kuasa kementerian melaksanakan siasatan.