awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga beras tempatan Sarawak tidak tertakluk Akta Kawalan Padi dan Beras

Bernama
Bernama
21/11/2023
04:43 MYT
Harga beras tempatan Sarawak tidak tertakluk Akta Kawalan Padi dan Beras
Harga beras tradisional tempatan Sarawak tidak dikawal dan terapung bergantung kepada permintaan serta tawaran.- Gambar fail
KUCHING: Harga beras tradisional tempatan Sarawak tidak tertakluk di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diberitahu.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Abdul Rahman Ismail berkata oleh itu, harga beras berkenaan tidak dikawal dan terapung bergantung kepada permintaan serta tawaran.
Beliau berkata dengan harga yang diapungkan, pesawah dapat menikmati lebih pendapatan dan mampu kekal dalam aktiviti penanaman padi.
"Perkara ini penting memandangkan penghasilan padi masih rendah di Sarawak iaitu pada kadar kurang lima peratus daripada keseluruhan pengeluaran padi negara serta melibatkan kos pengeluaran padi yang tinggi," katanya.
Beliau menjawab soalan Dayang Noorazah Awang Sohor (GPS-Lingga) semasa sesi soal jawab pada Persidangan DUN Sarawak di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata beras tradisional tempatan Sarawak sememangnya dikenali dengan mempunyai kepelbagaian dari segi bentuk, aroma, warna serta tekstur.
Antara beras tradisional tempatan yang terkenal, katanya ialah beras Bario, Bajong, Biris dan Wai.
"Dengan mengambil kira keistimewaan tersebut, beras tempatan ini disasarkan sebagai beras tradisional premium bagi pasaran niche, yang mampu dijual melebihi RM15 sekilogram di pasaran... contohnya, harga runcit Beras Bario boleh mencecah RM28 sekilogram di bandar raya Kuching (termasuk kos logistik)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kawalan Padi dan Beras
#beras Sarawak
#DUN Sarawak
#abdul rahman ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan