MELAKA: Harga jualan sayur-sayuran di Melaka dikesan meningkat sehingga 50 peratus di semua rangkaian pasar raya, pasar dan kedai runcit ekoran beberapa faktor termasuk cuaca sejuk melampau serta kenaikan kos pengangkutan yang dialami oleh negara pengeluar.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata keadaan itu menyebabkan bekalan sayur-sayuran import berkurangan sehingga 60 peratus sekali gus menyaksikan kenaikan harga bagi sayur seperti brokoli, cili merah, sawi serta kubis.
Beliau berkata kenaikan harga di pasar raya juga adalah ekoran kenaikan di peringkat pembekal.
"Ini kerana selain import, 80 peratus bekalan sayur di negeri ini diperoleh daripada pembekal dari negeri lain seperti Selangor, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.
"Pembukaan semua sektor perdagangan sejak Oktober lepas secara tidak langsung turut menyebabkan permintaan terhadap bekalan sayur-sayuran meningkat dengan mendadak yang turut menjadi faktor lain kenaikan harga," menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bagaimanapun, Norena berkata secara keseluruhan bekalan sayur-sayuran di Melaka adalah mencukupi.
Beliau berkata walaupun setakat ini tiada aduan berkaitan kenaikan harga sayur-sayuran di Melaka, pemantauan tetap dijalankan di semua peringkat bagi memastikan bekalan mencukupi dan ia dijual pada harga berpatutan.
Norena juga berkata berlaku kekurangan bekalan minyak masak peket di pasaran negeri itu kerana terdapat pemborong dan peniaga runcit gagal memperbaharui lesen menjual sekali gus menyebabkan pengedarannya terganggu.
"Kita akan mengadakan mesyuarat bersama semua pemegang lesen minyak masak di negeri ini pada minggu depan bagi memastikan gangguan dapat diselesaikan dan pengguna dapat membeli minyak masak peket bersubsidi di pasaran.
"Justeru, KPDNHEP Melaka mengingatkan semua peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan bagi memastikan kelestarian perdagangan di negeri ini dan pemantauan sentiasa dilakukan bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku," katanya.
Beliau berkata sebarang pertanyaan lanjut dan atau aduan boleh disalurkan ke Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDNHEP Negeri Melaka di talian 06-2345 869 yang beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 6 petang dan aplikasi WhatsApp (019-279 4317).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Norena berkata secara keseluruhan bekalan sayur-sayuran di Melaka adalah mencukupi. - Gambar hiasan
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Sejuk melampau tambah derita pelarian Palestin di Rafah
Khemah yang dikongsi bersama 28 individu itu turut diselubungi asap hitam berbau plastik yang sangat menusuk hidung.
Pilihan raya AS: Penduduk Iowa mula undi pilih calon presiden untuk Republikan
Kokus Republikan berhimpun di gim sekolah, gereja dan pusat komuniti di seluruh Iowa di negeri Midwestern ketika cuaca sejuk melampau melanda.
Cuaca sejuk melampau landa AS jejaskan percutian sempena Krismas
Ribut musim sejuk berkemungkinan besar boleh menjadi taufan, dijangka mencipta rekod suhu rendah di banyak bahagian di AS
Harga jualan sayur-sayuran di Melaka meningkat 50 peratus
Keadaan itu menyebabkan bekalan sayur-sayuran import berkurangan sehingga 60 peratus.
Cuaca sejuk melampau: Bandar di seluruh AS mula membeku
Situasi ini menimbulkan kebimbangan di kalangan doktor terhadap serangan radang dingin dan hiportemia sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil.