Harga maksimum ayam, iaitu RM7.50 sekilogram bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah sama seperti ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.
Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau menafikan dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya harga ayam pada musim perayaan Aidilfitri ketika pentadbiran PH adalah RM3 sekilogram kerana pemeriksaan rekod yang diwartakan mendapati harga maksimum ayam ketika itu adalah RM7.50 sekilogram.
"Beliau (Anwar) boleh bertanya semula dengan bekas Menteri KPDNHEP ketika itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk kepastian memandangkan warta SHMMP yang lepas ditandatangani oleh beliau," kata Nanta, sebagai mengulas kenyataan pemimpin pembangkang itu yang dibuat dalam satu sesi yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasminya.
Nanta berkata beliau turut terkilan dengan dakwaan yang dilemparkan kononnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) lambat bertindak dalam mengawal harga barangan menjelang musim perayaan kali ini.
"Tuduhan itu tidak adil memandangkan pegawai dan penguat kuasa KPDNHEP sanggup membahayakan keselamatan serta kesihatan diri demi tugas dengan mengadakan perbincangan, perancangan, pemeriksaan serta operasi penguatkuasaan dalam tempoh yang sukar ketika negara berdepan COVID-19," katanya.
Beliau menjelaskan penetapan harga barangan pengguna bukan bersifat politik, sebaliknya menggunakan mekanisme tertentu yang ditetapkan oleh pegawai pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.
Katanya mekanisme yang digunakan adalah sama seperti ketika pentadbiran PH sebelum ini, malah pada SHMMP kali ini, KPDNHEP membuat penambahan barang kawalan iaitu sebanyak 35 barangan berbanding 27 barangan pada 2019.
Dalam pada itu, beliau berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa harga barangan termasuk ayam meningkat ketika ini sebenarnya adalah bersifat tanggapan semata-mata kerana hakikat sebenar, harga ini ditentukan oleh teori asas ekonomi iaitu faktor permintaan dan bekalan.
"Hujah harga yang agak murah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tidak sesuai digunakan kerana ketika itu permintaan menurun disebabkan banyak aktiviti perniagaan dan kehidupan harian rakyat disekat. Ia menyebabkan lebihan bekalan, seterusnya memaksa peniaga dan pembekal menurunkan harga," katanya.
Keadaan ketika ini agak berbeza kerana selepas kelonggaran diberikan melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kebanyakan aktiviti ekonomi dan kehidupan rakyat sudah kembali seperti biasa, katanya.
"Malah, dengan sambutan perayaan yang semakin hampir, permintaan terhadap barangan juga meningkat, sekali gus menyebabkan harganya kembali seperti sedia kala," katanya.
Menyedari harga barangan boleh melambung jika tidak dikawal, Nanta berkata KPDNHEP mengambil langkah proaktif mengadakan SHMMP yang sebenarnya menjadi rutin sejak sekian lama, setiap kali menjelang musim perayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 22 2020

Harga maksimum ayam, iaitu RM7.50 sekilogram bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah sama seperti ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Alexander Nanta Linggi. - Astro AWANI

Senjata Nuklear: Malaysia komited laksana kewajipan penguatkuasaan TPNW
Dengan penguatkuasaan TPNW, norma global pencegahan senjata nuklear akan dapat diperkukuhkan.

Henti merokok, tingkat kualiti kesihatan
Dr. Prem Kumar Shanmugam berkata, rawatan untuk mengurangkan tabiat merokok boleh dibuat melalui kaedah biologikal, psikologikal dan sosial.

COVID-19: Rakyat Malaysia 46 tahun antara empat kes dalam komuniti di Singapura
Dia merupakan seorang pemegang pas kerja yang bekerja sebagai jurujual di Toppan Merrill PTe Ltd di Church Street, tetapi tidak bertemu secara langsung dengan pelanggan.

KPLB harap 539 projek infrastruktur 2021 diteruskan - Dr Abd Latiff
KPLB berharap 539 projek infrastruktur yang telah dirancang untuk 2021 dapat dilaksanakan mengikut jadual walaupun berhadapan kekangan dan cabaran COVID-19.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa menurun kepada 352 orang
Daerah Papar merupakan yang terkini pulih dari banjir.

Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.

Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 - Laporan
Katanya, tumpuan kerajaan Jepun ketika ini ialah untuk mendapatkan slot pada tahun 2032 untuk sukan tersebut.

AWANI Ringkas: PdPR: Kerajaan perlu pertingkat jaringan internet | PdPR: Apa rasional terbaik?

Kajian Ipsos: Menangani tahap keresahan rakyat Malaysia
Bagi membincangkan mengenai perkara ini kita bersama dengan Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin.

PdPR: Capaian internet luar bandar perlu dipertingkat
Kerajaan digesa untuk mempertingkatkan keupayaan internet di luar bandar sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, PdPR. Akses internet lemah, akan jadi kekangan seterusnya menjejaskan pembelajaran mereka.

Darurat: PH hantar tiga nama untuk Jawatankuasa Khas Bebas
Tiga wakil tersebut ialah Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Bharu), Anthony Loke (Seremban), dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Adakah pendaftaran Pejuang akan burukkan lagi COVID-19 di negara ini? - Tun M
Tun M berkata, apa yang Muhyiddin lakukan sama dengan apa yang beliau tuduh Najib lakukan pada PRU lepas, iaitu menghalang pendaftaran parti politik

Anwar beri bayangan kesediaan Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang bekerjasama
Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan bahawa Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bersedia bekerjasama membentuk pentadbiran lebih stabil.

Had operasi kedai makan: Kerajaan tidak dengar keluhan rakyat - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu juga dilihat kerajaan PN tidak peka akan nasib rakyat khususnya kumpulan yang terjejas pendapatan.

Isu gantung Parlimen ke mahkamah dalam masa terdekat, kata Anwar Ibrahim
Menurut Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan cabar tindakan kerajaan mengantung Parlimen di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Tindakan gantung Parlimen untuk halang suara rakyat dibahaskan - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim tegaskan penggantungan sidang Parlimen susulan pengisytiharan darurat adalah cubaan menghalang suara rakyat dibahaskan.

Proklamasi Darurat mampu pulih ekonomi adalah kenyataan bercanggah, mengelirukan - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu bukan sahaja bercanggah, bahkan turut mengelirukan rakyat.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.

Mencabar nasihat kerajaan kepada Agong sama dengan mencabar Proklamasi Darurat - Exco Pemuda UMNO
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencabar Proklamasi Darurat di Mahkamah.

Najib didakwa dalang di sebalik surat, hanya 7 menyokong - Sumber
Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.