awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makanan haiwan, kacang soya mentah dikecualikan cukai jualan -- MOF

Bernama
Bernama
13/09/2025
00:15 MYT
Makanan haiwan, kacang soya mentah dikecualikan cukai jualan -- MOF
Menurut MOF, kerajaan kekal tekad untuk memastikan dasar percukaian yang lebih adil, mampan dan menyokong daya saing sektor penternakan negara. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Makanan haiwan termasuk kacang soya mentah yang merupakan komponen utama dalam penghasilan makanan haiwan, kini dikecualikan daripada Cukai Jualan atau pada kadar sifar sebagai langkah memastikan kestabilan harga barangan makanan asas seperti ayam, telur dan daging.
Ketika mengumumkannya semalam, Kementerian Kewangan (MOF) berkata keputusan itu juga dibuat berdasarkan maklum balas industri bahawa kacang soya merupakan input utama dalam penghasilan makanan haiwan.
Mengikut lampiran MOF, makanan haiwan berkadar sifar cukai jualan adalah jenis yang sesuai untuk penternakan ayam itik, khinzir, udang dan lain-lain (yang tiada dalam senarai).
“MOF mengambil maklum laporan media berhubung pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap bahan mentah makanan haiwan.
“Bagi bahan mentah lain yang turut digunakan dalam formulasi makanan haiwan, MOF sedang meneliti isu ini secara menyeluruh, termasuk melalui sesi libat urus dan semakan teknikal bersama pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut MOF, Kerajaan MADANI kekal tekad untuk memastikan dasar percukaian yang lebih adil, mampan dan menyokong daya saing sektor penternakan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#cukai jalan
#kacang soya
#makanan haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan