awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Harga minyak dah naik, kempen turun harga bagaimana pula?'

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2015
03:56 MYT
'Harga minyak dah naik, kempen turun harga bagaimana pula?'
Orang ramai melahirkan kebimbangan kenaikan harga bahan api yang diumumkan kerajaan bakal mengakibatkan harga barang naik dua kali ganda.
Orang ramai melahirkan kebimbangan bahawa kenaikan harga petrol dan bahan api yang diumumkan kerajaan pada Sabtu bakal mengakibatkan harga barang naik dua kali ganda.
Di media sosial, rata-rata mereka tertanya-tanya adakah kempen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menurunkan harga barang masih diteruskan.
Ramai turut merasakan harga baru ini bakal membebankan pengguna ditambah dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mulai 1 April ini.
Pada Sabtu, KPDNKK mengumumkan harga petrol RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen seliter mulai 1 Mac 2015.
Pengumuman tersebut menjadikan harga baharu bagi RON95 adalah RM1.95, RON 97 RM2.25, dan Diesel RM1.95.
Harga minyak dah naik, Harga barang tak turun GST otw.. Waaa hebat — nies Hashim(@meknies) March 1, 2015
Nak tanya, harga minyak dah naik ni, kempen KPDNKK turunkan harga barang besar-besaran ni valid lagi ke ? — bill (@fariddbambil) March 1, 2015
Harga Minyak Turun, Harga Barang Tak Turun. Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik Double. Hahaha lumrah dunia. Semua nak naik haji 2 kali.
— Leo (@eqmalariev) March 1, 2015
Pemborong baru bercadang nak turunkan harga.... akhirnya petrol pulak yg naik harga... mcm mana pemborong nak turunkan harga barang... — MalaysiaUser (@MalaysiaUser) February 28, 2015
Harga minyak naik. Barang pun naik. Harga minyak turun. Barang tak turun. Harga minyak naik barang lagi naik. Rakyat yang kena..,
— Khairul Anuar (@AdilKhairul) February 28, 2015
Ni harga minyak dah naik, kalau harga barang naik, aku ** peniaga sorang sorang. Time harge minyak turun, harge barang tak turun!
— Orang Kampong (@emyrul_i) March 1, 2015
#Minyak turun, harga barang naik. Minyak naik, mudah-mudahan harga barang boleh turun — mohd aizuddin (@a1zudd1n) March 1, 2015
YBM MOA @IsmailSabri60 penat gesa turun harga barang seiring penurunan harga minyak. Peniaga baru nak akur arahan harga minyak naik pula — MYMY (@Yussainy) March 1, 2015
belum sempat mo kasi turun harga barang, harga minyak naik balik.. deal with it. =_= *Thug Life Oil Price.
— Alsennelo t.i Yansik (@alsenneloisbiki) February 28, 2015
Harga RON95, diesel naik 14.7%. Apakah harga barang, tambang akan tetiba naik? Masa harga minyak turun, takda satu benda pun turun harga.
— Malek Hussin (@AbdMalekHussin) February 28, 2015
Minyak naik 25 sen. Barang turun harga pun tak sempat! Nak tunggu harga turun berkurun, tang naik petik jari.
— klubbkidd(@klubbkiddkl) February 28, 2015
Di kala harga barang semakin naik, GST bakal dilaksanakan tidak lama lagi manakala gaji pula tak bertambah2...... http://t.co/CPCLtCb7IN
— nazrinnasser (@nazrinnasser) March 1, 2015
Sebenarnya tahun ni aku nak kawin, tp harga minyak naik 25sen, sara hidup naik, harga barang naik, semua naik. Tak cukup duit Erm..
— Yusran Yusup (@YusranYofficial) February 28, 2015
Topic Berkaitan
#diesel
#harga barang
#harga minyak naik
#minyak
#petrol
#reaksi media sosial
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan