awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak sawit mentah tidak menentu beri kesan kepada hasil Sabah

Bernama
Bernama
02/12/2022
11:14 MYT
Harga minyak sawit mentah tidak menentu beri kesan kepada hasil Sabah
Industri sawit menghadapi masa sukar kerana peningkatan kos buruh, baja dan operasi. - Bernama
KOTA KINABALU: Harga minyak sawit mentah (MSM) yang tidak menentu pada setiap minggu telah memberi kesan terhadap hasil pendapatan Sabah pada masa ini berbanding awal 2022.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata harga MSM pada masa ini yang berada dalam jajaran RM3,500 hingga RM4,000 satu tan menyebabkan industri sawit menghadapi masa sukar kerana peningkatan kos buruh, baja dan operasi.
"Amat penting pada masa ini untuk lembaga pengarah dan pasukan pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri sawit terus memantau dengan lebih teliti perkara berkaitan kawalan kos operasi dan produktiviti pekerja," katanya di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah Sabah Softwoods Bhd yang ke-137 di Menara Kinabalu di sini.
Hajiji yang juga pengerusi Sabah Softwoods mahu syarikat-syarikat GLC itu mencari jalan penyelesaian bagi masalah kekurangan buruh dan kekangan logistik yang menghalang pengeluaran tandan buah segar (FFB) dan MSM selepas ia tidak mencapai sasaran.
Bagaimanapun, Sabah Softwoods telah menunjukkan prestasi yang baik bagi tempoh dua sukuan tahun ini, katanya.
Beliau turut optimis Sabah Softwoods berjaya merekodkan hasil dan keuntungan lebih tinggi tahun ini dan boleh membayar lebih banyak dividen kepada pemegang saham di samping memberi lebih banyak faedah serta manfaat kepada pekerja dari segi pembayaran gaji dan bonus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak sawit
#pendapatan Sabah
#Hajiji Noor
#kos buruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan