awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga padi: Pesawah masih terima RM1,700 per tan, subsidi RM500 satu tan - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
04/10/2023
13:17 MYT
Harga padi: Pesawah masih terima RM1,700 per tan, subsidi RM500 satu tan - Mohamad Sabu
Pesawah masih mendapat RM1,700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pesawah masih mendapat RM1,700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata pemberian insentif Skim Subsidi Harga Padi sebanyak RM500 per tan kepada pesawah tetap diteruskan dan kerajaan hanya meletakkan harga lantai belian padi oleh pengilang iaitu pada kadar RM1,200 per tan sejak 2014.
"Ini bermakna pihak kerajaan hanya meletakkan harga minimum belian padi manakala pihak pengilang bebas untuk meletakkan harga belian mereka sendiri tetapi mestilah tidak kurang daripada harga lantai yang telah ditetapkan.
Namun begitu, kerajaan masih memberi insentif Skim Subsidi Harga Padi sebanyak RM500 satu tan kepada pesawah dan menjadikan setiap pesawah akan mendapat RM1,700 satu tan walaupun pengilang meletakkan harga padi pada kadar harga lantai," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, ada media tempatan melaporkan keluhan golongan pesawah yang kecewa atas tindakan pengilang yang menurunkan harga belian padi daripada RM1,700 per tan kepada harga lantai RM1,200 mulai hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawah
#harga padi
#subsidi
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan