awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga petrol RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal

Bernama
Bernama
07/12/2022
10:05 MYT
Harga  petrol RON97 turun 10 sen, RON95  dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM3.75 seliter berbanding RM3.85 seliter manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah untuk minggu ini bermula esok hingga 14 Dis ini.
Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga siling RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu melebihi harga siling semasa.
Harga runcit petrol RON97 diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa.
Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#RON95
#RON97
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan