MALAYSIA
Harga RON95 kekal, RON97 dan diesel naik tiga sen

Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 naik tiga sen kepada RM3.21 seliter. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.18 seliter kepada RM3.21, bagi tempoh 17 hingga 23 Julai.
Ringkasan AI
- Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 naik tiga sen kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Julai; harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter, sementara di Semenanjung naik kepada RM2.91 seliter.
- Penetapan harga dibuat berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak.
- Kerajaan akan terus memantau pasaran dan menyelaras harga runcit bagi menyokong kestabilan harga serta memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan MOF.
Kementerian itu berkata kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami