NATIONAL
Harga RON95, RON97 dan diesel naik mulai tengah malam ini

Harga bahan api petrol dan diesel naik satu sen bermula tengah malam ini hingga 25 Oktober 2017. - Gambar fail/REUTERS
Harga produk bahan api petrol dan diesel mencatat kenaikan masing-masing satu sen dan harga baharu itu bermula tengah malam ini (19 Oktober) hingga 25 Oktober 2017.
RON95 kini ditetapkan pada harga RM2.17 seliter, berbanding RM2.16 seliter sebelum ini.
Manakala RON97 naik dari RM2.46 seliter kepada RM2.47 seliter.
Sementara itu, harga diesel yang sebelum ini berada pada harga RM2.10 naik satu sen kepada RM2.11.

Harga baharu bahan api petrol dan diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami