awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi terus 'mengganas', 5 perlawanan ledak dua gol berturut-turut

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2025
20:30 MYT
Messi terus 'mengganas', 5 perlawanan ledak dua gol berturut-turut
Lionel Messi. - Gambar fail/AP
LIONEL Messi meneruskan aksi luar biasanya dalam Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat apabila meledak dua gol sekali lagi untuk membantu Inter Miami menewaskan Nashville SC 2-1 di Stadium Chase yang dihadiri 21,108 penonton, pada Ahad.
Kejayaan itu menyaksikan bintang Argentina berusia 38 tahun itu mencipta rekod baharu MLS dengan menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan berturut-turut, sekali gus menyamai jumlah jaringan pendahulu carta penjaring liga, Sam Surridge (Nashville), dengan 16 gol daripada 16 perlawanan.
Messi memulakan rentetan lima perlawanan berganda itu ketika Inter Miami menewaskan Montreal dan Columbus pada Mei, sebelum menyertai kempen Piala Dunia Kelab.
Dalam temasya 32 pasukan itu, beliau hanya menjaringkan satu gol dalam empat penampilan ketika Miami mara ke pusingan 16 terbaik.
Namun, sebaik kembali ke kancah MLS, Messi terus menyinar dengan dua gol menentang Montreal, New England Revolution dan terbaharu, Nashville.
Pada aksi menentang Nashville, Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan percuma yang menembusi benteng pertahanan pelawat.
Nashville bangkit menyamakan kedudukan menerusi Hany Mukhtar seawal babak kedua bermula.
Namun Messi memastikan tiga mata milik tuan rumah selepas menyambar hantaran lemah penjaga gol pelawat, Joe Willis, pada minit ke-62.
Kemenangan itu membolehkan Miami kekal di tangga kelima persaingan Konferensi Timur, namun kini hanya ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Philadelphia Union, dengan kelebihan tiga perlawanan dalam tangan. - SInar Harian
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#MLS
#Liga Bolasepak Utama
#Inter Miami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan