MALAYSIA
Harga RON95 turun kepada RM1.99 seliter, beri manfaat kepada 18 juta pemandu, penunggang motosikal

Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat dan mengurangkan pembaziran subsidi, kata Perdana Menteri Anwar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.
Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat.
"Sebelum akhir September ini, saya akan pastikan pelaksanaan menurunkan harga minyak (RON05) kepada RM1.99 seliter.
"Ini penurunan yang agak tinggi walaupun ia melibatkan kos kepada pemerintah dan kerajaan yang bertambah."Ia akan memberi manfaat kepada 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig," kata Perdana Menteri dalam Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia pada Rabu yang disiarkan secara langsung, pada Rabu.
Menurut beliau lagi, pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat,dan mengurangkan pembaziran subsidi.
Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat.
Pada masa sama, tegasnya, warganegara asing perlu membayar petrol RON95 pada harga pasaran tanpa subsidi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami