awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem PADU integrasi data, kemas kini 30.4 juta profil setakat Jun 2025 - Kementerian Ekonomi

Bernama
Bernama
23/07/2025
13:47 MYT
Sistem PADU integrasi data, kemas kini 30.4 juta profil setakat Jun 2025 - Kementerian Ekonomi
Penggunaan data PADU akan membolehkan kerajaan mengenal pasti kumpulan sasar bagi program intervensi termasuk penyaluran subsidi.
KUALA LUMPUR: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah mengintegrasi data daripada 204 agensi bagi mengemas kini 30.4 juta profil individu warganegara dan pemastautin tetap setakat Jun 2025.
Kementerian Ekonomi menerusi jawapan bertulis yang dimuat naik di portal Dewan Rakyat memaklumkan penggunaan data PADU akan membolehkan kerajaan mengenal pasti kumpulan sasar bagi program intervensi termasuk penyaluran subsidi.
"Secara prinsip, kerajaan telah memaklumkan cadangan peralihan kaedah pengenalpastian kumpulan sasar daripada pengelasan kumpulan pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20 kepada pendapatan boleh guna bersih (NDI).
"Ia adalah pengukuran pendapatan isi rumah berasaskan perbezaan antara pendapatan boleh guna dan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), merujuk kepada jumlah perbelanjaan bulanan yangdiperlukan oleh isi rumah/individu untuk mencapai kehidupan wajar," katanya.
Kementerian itu berkata demikian sebagai menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang bertanya sejauh mana sistem PADU dapat membantu penyaluran subsidi yang adil dan tepat.
Menurut Kementerian Ekonomi, perkongsian data PADU dapat menambah baik perancangan dasar dan pelaksanaan program atau projek di samping mengoptimumkan penggunaan sumber kerajaan.
"Ini bertujuan untuk meminimumkan ralat pemasukan dan penyisihan serta membolehkan proses pemantauan dan penilaian yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sistem Pangkalan Data Utama
#PADU
#kemas kini profil
#kumpulan sasar
#penyaluran subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan