Harga petrol RON95 kekal pada RM2.08 seliter manakala RON97 naik 5 sen kepada RM2.43 sen seliter.
Bagi diesel pula ia kekal pada RM2.18 sen seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata selaras dengan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Februari 2019, had siling harga runcit RON95 dikurangkan daripada RM2.20 sekpada RM2.08 seliter.

Ia selaras dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, kata kenyataan itu.



Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh 2 Mac 2019 sehingga 8 Mac 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.13 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing.

Namun begitu, Kementerian Kewangan berkata harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.