awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF

Bernama
Bernama
26/11/2024
16:33 MYT
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Langkah penyasaran rasionalisasi subsidi diesel bermula Jun lepas bukan penyebab utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan yang menyebabkan kejatuhan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada Julai 2024, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen, MOF berkata kejatuhan minimal yang direkodkan daripada 49.9 mata pada Jun 2024 kepada 49.7 mata pada Julai 2024 boleh berpunca daripada pelbagai risiko ekonomi.
Katanya ini termasuk permintaan luar yang lebih lemah, pengurangan aktiviti pembelian dan inventori oleh firma serta gangguan rantaian bekalan.
"Berdasarkan rekod PMI sektor pembuatan Malaysia bagi 2023 dan 2024, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023," katanya.
Ia menjawab pertanyaan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai respons kerajaan terhadap kejatuhan PMI di bawah paras neutral.
Katanya rekod bacaan tertinggi PMI sektor pembuatan bagi 2024 dicatatkan pada tahap 50.2 mata pada Mei 2024 (2023: 48.8 mata pada Mac dan April) manakala bacaan terendah 48.4 mata pada Mac 2024 (2023: 46.5 mata pada Januari).
Menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) berhubung ancaman siber terhadap pelaksanaan e-Invois, MOF berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan tadbir urus data berdasarkan piawaian industri.
"Bagi memastikan keselamatan data terpelihara, LHDN juga sentiasa komited mematuhi piawaian antarabangsa melalui pensijilan seperti Information Security Management System dan Business Continuity Management System serta piawaian lain yang berkaitan pengurusan dan keselamatan data.
"LHDN turut menjalankan Security Posture Assessment (SPA) secara berkala termasuklah bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan keselamatan sistem Mylnvois berada pada tahap tertinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rasionalisasi subsidi
#diesel
#kenaikan kos
#barangan sektor pembuatan
#MOF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan