NATIONAL
Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tiga sen

Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat tiga sen kepada RM3.28 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Januari. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.25 kepada RM3.28 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Jan.
Ringkasan AI
- Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat tiga sen kepada RM3.28 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Januari.
- Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.98 seliter.
- Kerajaan menetapkan harga runcit berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan akan terus memantau perkembangan pasaran minyak dunia untuk menyokong kestabilan harga.
"Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter," menurut kenyataan itu.
MOF memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami