awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga tambang ART berpatutan - Abang Johari

Bernama
Bernama
06/09/2023
15:19 MYT
Harga tambang ART berpatutan - Abang Johari
Johari berkata kenderaan berkuasa hidrogen itu ialah satu bentuk pengangkutan awam, justeru kadar tambangnya tidak sepatutnya membebankan rakyat. - Gambar Bernama
KUCHING: Harga tambang atau tiket untuk Autonomous Rapid Transit (ART) di Sarawak akan ditetapkan pada kadar mampu milik untuk orang ramai, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata kenderaan berkuasa hidrogen itu ialah satu bentuk pengangkutan awam, justeru kadar tambangnya tidak sepatutnya membebankan rakyat.
"Rancangannya, pada awalnya kita akan memperkenalkan tambang istimewa untuk menggalakkan orang ramai menggunakan ART. Objektif utamanya adalah untuk mendorong orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan trafik.
"Tambang akan diputuskan kemudian dan (saya boleh memberi jaminan bahawa) ia tidak akan membebankan kerana pengangkutan itu disediakan untuk orang ramai," katanya pada sidang media selepas melancarkan ujian kejuruteraan dan latihan bukti konsep (POC) Peringkat 2 untuk prototaip ART di sini hari ini.
Ujian kejuruteraan dari September hingga Oktober itu bertujuan memperhalusi spesifikasi unit ART dan mengenal pasti sebarang kemungkinan isu sebelum meneruskan latihan POC.
Ujian itu juga untuk menilai dan menaksir prestasi serta kefungsian kenderaan ART melalui unit prototaip.
Sementara itu, Abang Johari berkata selain kegunaan untuk orang awam, ART juga bertujuan menyokong sektor pelancongan negeri.
''ART akan mesra pelancong kerana mereka boleh menggunakannya untuk ke destinasi pelancongan dalam kawasan Kuching sehingga Damai. Kami juga merancang untuk menggunakan S Pay Global sebagai kaedah pembayaran, jadi anda tidak perlu membawa wang tunai," katanya.
Perkhidmatan penumpang akan dimulakan secara berperingkat mulai suku keempat 2025, bermula dengan Laluan Biru dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange di pusat bandar Kuching.
Selain Laluan Biru, dua lagi laluan akan dibina di bawah Fasa 1 Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) iaitu Laluan Merah (dari Kuching Sentral ke Pending) dan Laluan Hijau (dari Pending ke Damai Central).
Kenderaan ART akan dikendalikan di lorong khusus dan akan juga menggunakan tayar getah, bermakna lorong khusus itu tidak mempunyai trek.
Langkah menggunakan hidrogen bagi menyokong aspirasi kerajaan Sarawak untuk memajukan ekonomi hidrogen dan menyahkarbon pengangkutan awam di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hidrogen
#tayar getah
#lorong khusus
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan