Tatkala warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri, ada dalam kalangan pekerja asing beragama Islam tidak berpeluang berbuat demikian.
Hal ini kerana selain tiket penerbangan mahal untuk pulang ke negara asal mereka, mereka terpaksa mengorbankan masa untuk bersama keluarga untuk mencari rezeki bagi menampung kos sara hidup tinggi di tengah-tengah ibu kota.
Lebih menyedihkan, ada dalam kalangan mereka dipaksa menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada majikan sebelum diberi cuti hari raya dan jika tidak gaji mereka akan dipotong.
Seorang pekerja restoran kedai mamak yang hanya mahu dikenali sebagai Shahbudeen, 34, berkata, tahun ini merupakan tahun kedua beliau beraya di tempat kerja kerana mahu mengumpul duit untuk membeli tiket penerbangan pulang ke India.
"Hari raya pun tetap kena kerja, lepas solat raya di Masjid India terus saya datang kerja kerana dapat 'double pay'," kalau dah cukup duit baru boleh beli tiket balik (negara asal).
"Saya pun ada isteri dan seorang anak di sana (India), selagi tak cukup duit untuk mereka saya tak boleh balik," katanya ketika ditemui Bernama.
Warga Indonesia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, Yasral Anddal, 28, berkata, kos balik kampung yang mahal memaksanya untuk membatalkan hasrat pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.
"Tahun ini merupakan tahun pertama tidak pulang berhari raya kerana cuti yang diberi hanyalah dua hari dan tiket pun mahal.... saya dan isteri hanya berkesempatan menunaikan solat raya dan makan juadah raya di masjid pada Raya pertama.
"Walaupun tidak pulang ke kampung, suasana Aidilfitri di sini sebenarnya sangat meriah kerana banyak rumah terbuka terutamanya di masjid-masjid dan kami dijamu dengan makanan yang sedap, tidak perlulah kami berbelanja lebih untuk masak pada hari raya," katanya.
Buruh pembinaan Naw Myitsu, 30, dari Myanmar pula berkata, dokumen pengenalan dirinya terpaksa diserahkan kepada majikan kerana dikhuatiri dipotong gaji sekiranya tidak berbuat demikian.
"Kami hanya diberi cuti dua hari, jadi sebelum cuti kami terpaksa serahkan pasport kepada majikan dan ia hanya dipulangkan selepas kami pulang ke tempat kerja esok.
"Mereka takut kami akan melarikan diri... Jika tidak, gaji kami akan dipotong," katanya.
Walaupun tidak menyambut hari raya, dia berasa gembira kerana dapat bersiar-siar di sekitar ibu kota bersama-sama dengan rakan-rakan senegara dalam tempoh cuti dua hari itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Puduraya, Pasar Seni dan Jalan Tuanku Abdul Rahman dibanjiri warga asing yang tidak pulang ke kampung halaman pada hari lebaran.
Fenomena ini dilihat sudah menjadi kebiasaan buat warga asing yang bekerja di sini yang mengambil kesempatan cuti dua hari ini untuk bersiar-siar atau 'melepak' secara berkumpulan di 'ruang lompang' sekitar ibu kota.
Bagaimanapun, bukan semua menyenangi kehadiran mereka.
Pengawal keselamatan bank Siti Ramlah Ibrahim, 45, berkata, beliau terpaksa menghalau warga asing yang melepak di sekitar kawasan bank, terutamanya di ruang mesin ATM bagi menjaga kebersihan.
"Mereka duduk di atas lantai secara beramai-ramai kerana di sini ada 'aircond', jadi saya memarahi mereka yang degil kerana ada yang sudah dihalau tetapi datang balik duduk di sini.
"Selain menyebabkan bau busuk, mereka juga meninggalkan sampah sarap di tepi-tepi bangunan dan tidak tahu membuang sampah ke dalam tong," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2019
Sebilangan warga asing terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga semata-mata kerana kos untuk pulang ke kampung halaman sangat mahal. - Gambar BERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.