Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan bahawa harga runcit bagi petrol RON95, RON97 serta harga diesel telah naik sebanyak 10 sen. Kenaikan harga ini akan bermula sebaik sahaja masuk 1 Jun 2015.

Ini adalah perubahan harga pertama sejak bulan Mac, dan tiada anjakan pada April dan Mei.

Untuk itu, harga runcit bagi petrol RON95 adalah RM2.05 seliter. Untuk RON97 harga adalah RM2.35 seliter, manakala diesel pula adalah RM2.05 seliter.

Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada 1 Jun 2015, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan JUN 2015 adalah seperti berikut:RON95 : RM 2.05/literRON97 : RM 2.35/liter (termasuk GST 6%)DIESEL : RM 2.05/liter

Posted by KPDNKK on Sunday, 31 May 2015


(Imej oleh freeimages.com)