Sebanyak 37 notis dikeluarkan dengan nilai rampasan berjumlah RM17,013.04 dicatat pada hari kedua pelaksanaan Ops Harga 2014, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau berkata sebanyak 9,552 premis perniagaan diperiksa di seluruh negara semalam dan dari jumlah itu 143 kes kesalahan dikesan iaitu melibatkan 100 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, 41 kes mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 dan dua kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
"Sabah mencatatkan kes paling banyak iaitu 37, diikuti Perak (25), Johor (16), Selangor (15), Kelantan (10), Terengganu (sembilan), Negeri Sembilan (lapan), Pahang (enam), Putrajaya (lima), Sarawak (empat) masing-masing tiga kes di (Wilayah Persekutuan) Labuan dan Pulau Pinang serta dua kes di Kedah,"
katanya kepada Bernama, Rabu.
Negeri Sembilan menjadi negeri paling banyak notis dikeluarkan iaitu 19, diikuti Sabah (lapan), Selangor (lima), Pahang (empat) dan Kedah (satu).
Dalam operasi hari kedua pada Selasa, penguatkuasa KPDNK memeriksa 3,802 pasar basah di seluruh negara, selain pasar malam atau pasar tamu (2,325), pasar tani (1,313), kedai runcit (1,073), pemborong (100), pengeluar (2).
Pemeriksaan juga melibatkan beberapa kedai dan gerai makan, restoran, pasar raya besar dan pasar raya.
Pemeriksaan Ops Harga pada hari kedua melibatkan lebih banyak premis perniagaan, berbanding 7,142 pada hari pertama melibatkan 122 kes diambil tindakan dan 38 notis dengan nilai rampasan RM14,764.90.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan pemeriksaan premis yang dilakukan sejak awal tahun ini kepada 62,849 buah, dengan 749 kes diambil tindakan, pengeluaran 83 notis dengan nilai keseluruhan kompaun RM54,350 dan nilai rampasan RM86,753.17.
Ops Harga 2014 dilancarkan pada Isnin lalu, melibatkan 1,800 pegawai penguatkuasa dan 1,100 pegawai pemantau harga.
Operasi itu memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta memeriksaan alat timbang dan sukat.
Bernama
Thu Jan 23 2014
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
1MDB: Wang haram RM100,000 daripada Hasan Malek dilucut
Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung penyiasatan 1MDB kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.
Selamat tinggal Isa Samad, selamat berjuang Syamsul Debat
Beliau merupakan salah seorang daripada 19 muka baharu di DUN yang dicalonkan BN pada PRU14.
Mohamad Hasan dan KJ kekal bertanding di kerusi sama, Isa Samad gugur
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004 pada PRU14.
Kombinasi calon lama dan baru jadi formula kemenangan BN
Formula keseimbangan itulah yang membuatkan BN mendapat sokongan daripada masyarakat di Kuala Pilah.
Kurang, hapus bayaran faedah kad kredit tidak bawa manfaat
Pengurangan atau penghapusan bayaran faedah akan menggalakkan tabiat perbelanjaan tidak berhemat dan kurang disiplin dalam kalangan pemegang kad kredit.
314 kes jenayah seksual kanak-kanak selesai kurang daripada 1 tahun
Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak telah menyelesaikan 314 kes sepanjang ia ditubuhkan pada Jun tahu lalu hingga Februari tahu ini.
Tiada alasan abaikan bahasa Melayu dalam program UMNO - Hasan
Pemimpin UMNO disaran memperkasa bahasa Melayu terutama dalam program bersama akar umbi termasuk 'Kembali ke sekolah'.
Bajet 2018 langkah teroka masa depan negara - Hasan
Pengumuman Bajet 2018 adalah langkah meneroka masa depan Malaysia dengan mengutamakan perpaduan nasional yang melangkaui kaum, agama dan bangsa.
Najib dan isteri hadiri persandingan anak Hasan Malek
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini menghadiri majlis persandingan anak lelaki anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek.
Hanya satu aduan skim kawalan harga Aidilfitri - Hasan Malek
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya menerima satu aduan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini, berbanding 10 tahun lalu.