awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa

Bernama
Bernama
13/12/2024
22:00 MYT
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Pemain No. 17 dunia, Rachel Arnold yang membuka aksi untuk Malaysia menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan memaksa Amanda Sobhy bertarung hingga ke set penentuan namun Rachel akhirnya tewas 9-11, 11-7, 9-11, 11-5, 8-11 selepas 45 minit perlawanan.
Ketinggalan berkenaan menyaksikan pemain No. 10 dunia, S. Sivasangari diberi tanggungjawab berat untuk mengikat kedudukan namun beliau tumpas kepada Olivia Fiechter dengan 11-7, 11-9, 5-11, 2-11, 2-11 dalam masa 47 minit.
Kekalahan Sivasangari bermakna Aira Azman yang dijadualkan beraksi sebagai perseorangan ketiga tidak diturunkan pada separuh akhir.
Pencapaian terbaik pasukan skuasy wanita negara adalah pada edisi 2014 di Kanada di mana Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada England di final.– BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy Berpasukan Dunia
#skuad wanita kebangsaan
#Sivasangari
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan