TANGGAL 15 Mei setiap tahun adalah Hari Belia Negara.
Tatkala golongan belia dikatakan penentu masa depan negara, hari perayaan belia ini agak sedikit tenggelam berbanding dengan Hari Jururawat, Hari Ibu dn Hari Guru yang disambut juga di bulan Mei.
Jika ditanya kepada pemimpin belia dan ahli-ahli persatuan belia pastinya mereka merindui kemeriahan sambutan tahun 2010 hingga 2013 yang mampu menghadirkan sejuta belia di Putrajaya.
Walau apa pun keadaan sambutannya, golongan belia akan sentiasa teruja meraikannya kerana inilah peluang yang ada untuk menunjukkan betapa pentingnya belia dalam pembentukan negara Malaysia di samping suatu pengiktirafan terhadap kerja sukarela mereka berpersatuan dan berkhidmat di tengah-tengah kekalutan masyarakat.
Sering diungkapkan bahawa golongan belia adalah sebagai penentu masa depan sesuatu masyarakat dan negara.
Pentingnya belia bukan sahaja terletak kepada bilangan mereka yang ramai dan sebagai tenaga utama di dalam masyarakat, tetapi juga dari segi peranan sebagai penyambung antara satu generasi dengan satu generasi.
Malaysia, sebagai sebuah negara berbilang kaum yang pesat membangunan dan sedang menghadapi cabaran ke arah pembinaan satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu, sangat bergantung kepada golongan belia yang aktif, berdisiplin dan progresif.
Belia merupakan golongan yang paling aktif dalam masyarakat dan bilangan mereka adalah hampir separuh daripada jumlah penduduk negara kita.
Sejak kemerdekaan, belia negara kita telah turut sama berperanan dan menyumbang kepada proses pembinaan dan pembangunan negara. Sumbangan ini meliputi segala aspek baik dari segi politik, ekonomi, sosial, budaya atau pendidikan.
Belia merupakan asas sebenar atau tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu usaha-usaha hendaklah terus ditumpukan kepada peningkatan keupayaan dan kecekapan mereka. Ini amat perlu memandangkan cabaran masa hadapan yang akan ditempuh oleh para belia adalah lebih hebat dan canggih yang memerlukan satu persiapan atau persediaan diri yang hebat.
Negara kita sudah pasti akan terdedah kepada pelbagai pengaruh dan tekanan dari dalam dan luar yang boleh menentukan maju mundurnya proses pembangunan dan kemajuan negara.
Tanpa ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan adalah agak sukar bagi belia untuk mengharungi kesulitan kehidupan masa depan apatah lagi hendak memajukan negara.Ini boleh menjejaskan kesinambungan usaha-usaha pembangunan yang hendak dicapai selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju di dalam era Revolusi 4.0 ini.
Sebagai langkah pertama ke arah persediaan itu, sikap lama para belia harus ditukar atau disesuaikan mengikut keperluan zaman. Mereka tidak boleh lagi bergantung semata- mata kepada orang lain seperti Kerajaan untuk mendapatkan sesuatu.
Para belia harus mempunyai sikap berdikari dalam segala usaha mereka. Mereka harus mempunyai matlamat hidup yang jelas, cita-cita tinggi untuk maju, disiplin diri dan berani menghadapi perubahan ke arah kebaikan.
Pendek kata sikap-sikap yang negatif seperti takut menghadapi risiko, tidak toleran, kekurangan minat terhadap sesuatu yang boleh mendatangkan faedah, tidak suka bekerjasama dan mementingkan diri sendiri hendaklah dikikis dan dibuangkan.
Langkah kedua ialah meningkatkan ilmu pengetahuan para belia. Di era letupan informasi sekarang ini para belia tidak dapat tidak harus mengikuti pelbagai perkembangan maklumat dan ilmu yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.
Kemajuan pesat yang berlaku dalam berbagai-bagai bidang seperti industri pembuatan, penyelidikan dan pembangunan, pendidikan moden, komputer, komunikasi, pengangkutan, seni bina dan sains dan teknologi, tidaklah boleh dipandang sepi oleh para belia. Ilmu-ilmu dalam pelbagai bidang ini harus dicari dan dipelajari oleh belia- belia negara.
Golongan belia harus sedar tanpa ilmu yang tinggi mereka tidak akan dapat ke mana atau membawa negara ke mercu kejayaan pada masa depan.
Para belia juga perlu menambahkan kemahiran mereka.Kemahiran atau kepakaran ini mesti dimiliki oleh golongan belia di segenap lapangan usaha dan kegiatan. Tanpa kemahiran ini belia-belia kita tidak akan dapat menjalankan atau mengendalikan apa-apa tugas yang memerlukan kecekapan, kepandaian dan kepakaran mereka.
Kesemua langkah-langkah ini boleh dicapai melalui teknik-teknik atau cara-cara latihan dan pembelajaran seperti latihan sambil bekerja, lawatan sambil belajar, kursus dan bengkel, ceramah, seminar, 'apprenticeship' dan sebagainya. Inilah peranan yang harus dan boleh dimainkan oleh persatuan-persatuan belia dalam melengkapkan anggota- anggota mereka untuk menjadi penggerak negara.
Negara kita yang menghadapi berbagai-bagai cabaran memerlukan kaum belia yang penuh disiplin kerana dengan belia yang berdisiplinlah akan lahir masyarakat dan bangsa yang berdisiplin.
Kita perlukan masyarakat yang berdisiplin bukan kerana kita mahu bermegah- megah dengan disiplin atau kita mahu hapuskan daya pemikiran yang tersendiri tetapi kerana disiplin boleh membawa kebaikan, ketenteraman dan kemakmuran kepada negara.
Tanpa disiplin huru-hara akan berlaku dan tidak ada negara yang boleh maju dan berjaya jika huru-hara melandanya sepanjang masa.
Tanpa masyarakat yang berdisiplin, atau yang menghormati disiplin, pemerintahan yang berkesan dan berfaedah tidak akan wujud. Tidak ada pemerintahan yang boleh mengurangkan jenayah, rusuhan, kerosakan akhlak dan lain-lain melainkan masyarakat sendiri menyertai dan merestui tindakan pemerintah.
Rakyat yang tidak berdisiplin sudah tentu tidak akan menyertai dan mengizinkan tindakan pemerintah. Akan menjadi sia-sia sahajalah perbelanjaan dan tindakan mengadakan pemerintahan jika pemerintahan tidak berkesan. Nyatalah bahawa disiplin adalah penting bagi masyarakat dan negara.
Oleh kerana belia juga adalah anggota masyarakat maka disiplin belia sebenarnya adalah untuk kebaikan dan kejayaan diri sendiri.
Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia kita telah menekankan soal daya pengeluaran atau "productivity". Daya pengeluaran bermakna keupayaan membuat apa juga dengan cekap, cepat, baik dan murah. Tidak syak lagi keupayaan ini akan dapat menjadikan masyarakat dan negara kita lebih maju dan sejahtera.
Disiplin mempunyai kaitan yang amat rapat dengan daya pengeluaran. Lebih tertib dan teratur cara-cara bekerja lebih baik dan bertambahlah hasil kerja.
Oleh itu sekali lagi kita dapat melihat pentingnya disiplin dan perlunya ia diamalkan oleh belia kita. Mungkin ada kumpulan yang akan berkata bahawa jika kita berdisiplin, kita akan menjadi pesaing dengan kepakaran asing. Mereka mahu kita kekal sebagai hamba mereka.
Dan sesiapa di antara kita yang menyambut seruan supaya kita tidak berdisiplin dan sebaliknya mengikut dakyah orang asing ini adalah alat penjajah fikiran atau "the tools of the thought imperialist" yang menyusul "territorial imperialist" yang kita tentang dan singkir dahulu.
Negara Malaysia sekarang pesat membangun. Pembangunan juga bukan untuk bermegah- megah. Tujuan pembangunan kita ialah untuk kebaikan dan untuk memelihara maruah dan keselamatan kita. Selagi kita tidak mempunyai kebolehan dan kemampuan membangun negara sendiri, selama itulah kita akan ditindas dan dihina secara langsung atau tidak langsung.
Untuk pembangunan kita memerlukan tenaga, terutamanya tenaga belia. Kecekapan dan kemahiran boleh kita perolehi melalui latihan dan pengalaman. Kerajaan telah banyak mengadakan segala kemudahan latihan sesuai dengan kelayakan dan keperluan masing-masing. Tetapi yang penting sekali ialah kesanggupan belia memikul tanggungjawab dengan bekerja keras bagi mempertahankan maruah negara.
Kita dapati sekarang terlalu ramai belia yang terlalu memilih kerja. Sebenarnya jika terdapat sikap sanggup bekerja tidak ada seorang pun yang akan menganggur di Malaysia. Tetapi kerana terlalu memilih, baik dari segi jenis kerja ataupun tempat kerja, pengangguran sentiasa mengiringi kita. Keadaan seperti ini hanya mengakibatkan pembangunan Malaysia tergendala dan maruah kita terancam.
Belia hendaklah menganuti falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata. Kepentingan negara hendaklah diambil kira bersama. Kepentingan negara akhirnya akan membawa kebaikan yang lebih kekal kepada diri sendiri.
Mereka yang mengutamakan kepentingan diri akan merasai nikmat cuma sedikit dan sekejap sahaja. Sebaliknya jika negara sudah maju nikmat yang lebih akan dirasai dengan cara yang lebih kekal. Oleh itu sambutlah panggilan negara dan bersama-samalah berusaha bagi membina bangsa dan negara yang dihormati oleh dunia. Ingatlah bahawa yang akan mewarisi negara yang bermaruah ini ialah belia sendiri.
Suatu gejala yang tidak sihat yang kini melanda para belia negara kita ialah sikap suka mengagung-agungkan budaya dan nilai hidup secara barat. Sebagai negara yang pesat membangun, kita banyak mempelajari dan menyerapkan nilai-nilai barat yang positif ke dalam kehidupan kita. Tetapi malangnya ramai belia negara kita sekarang suka menerima apa sahaja dari barat, tanpa mengira sama ada nilai-nilai itu baik ataupun boleh memberi kesan buruk kepada kita.Perkara-perkara seperti budaya hendonisme, punk, skinhead, penagihan dadah, seks bebas dan kegiatan tidak bermoral telah meningkat dan menjadi
amalan sesetengah belia kita. Belia-belia seperti ini tidak akan menolong menjayakan generasi baru yang bakal memimpin negara. Nilai-nilai hidup belia yang kurang sihat ini hendaklah dibanteras supaya ia tidak akan menggugat keutuhan warisan budaya kita. Persatuan-persatuan belia yang ada perlu membantu kerajaan melahirkan satu masyarakat yang bermoral, beretika dan bebas daripada sebarang pengaruh seperti kehidupan yang terlalu bebas sehingga apa sahaja sanggup dibuat tanpa mengambilkira kesan baik atau buruk.
Sejak dulu lagi kerajaan sentiasa memberi galakan kepada belia-belia untuk bergerak cergas dalam persatuan-persatuan belia. Sambutan Hari Belia Negara di harapkan sebagai platform ini kesedaran belia negara dapat ditingkatkan supaya lebih aktif dalam aktiviti-aktiviti belia pelbagai peringkat dan yang melibatkan belia pelbagai kaum.
Interaksi antara belia berbilang kaum adalah sangat penting dalam usaha kita melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu. Ke arah pencapaian matlamat ini adalah lebih baik sekiranya kita dapat memperbanyakkan persatuan-persatuan belia yang melibatkan pelbagai agama dan kaum. Budaya kaum termasuk bahasa tidak akan hilang hanya kerana kita merapatkan hubungan antara kaum. Ada kebimbangan jika semasa muda belia diasingkan kerana kaum maka sudah tentu perpaduan kaum bagi orang dewasa tidak akan tercapai. Matlamat berpersatuan ialah untuk melahirkan satu negara bangsa Malaysia yang bersatu padu. Inilah peranan yang harus dimainkan oleh para pemimpin belia tidak kira pemimpin dari persatuan politik, sosial, budaya dan ekonomi.
Kita harus sentiasa sedar dan menginsafi bahawa matlamat akhir negara ialah untuk mencapai kestabilan politik, perpaduan kaum dan keamanan hidup rakyat yang berkekalan. Ini adalah asas yang paling penting yang diperlukan untuk membawa negara memasuki era pembangunan yang maju dalam tempoh mendatang. Kita mahu menjelang tempoh itu masyarakat dan negara kita akan menjadi lebih maju, matang, progresif, berteknologi tinggi dan saintifik serta dihormati dan disanjung oleh negara-negara lain.
Mohammad Rizan Hassan
Thu May 16 2019
Pentingnya belia bukan sahaja terletak kepada bilangan mereka yang ramai dan sebagai tenaga utama di dalam masyarakat, tetapi juga dari segi peranan sebagai penyambung antara satu generasi dengan satu generasi. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.