Kesedaran masyarakat mengenai alam sekitar dan ekosistem semula jadi dilihat mula menunjukkan peningkatan selepas program-program berkaitan persekitaran berjaya mendapat sambutan menggalakkan.
Buktinya, Pengarah Khazanah Nasional dan Pengarah Projek Taman Tugu, Calvin Jacob berkata, lebih 30,000 orang berkunjung ke Taman Tugu di Kuala Lumpur selepas enam bulan projek yang diterajui Khazanah Nasional Berhad itu dibuka kepada orang awam.
Bagaimanapun, katanya, pelbagai kempen dan usaha perlu dijalankan bagi menyemarakkan rasa cinta terhadap alam sekitar termasuklah melalui sistem pendidikan.
“Pertama sekali, saya fikir tingkatkan kesedaran masyarakat tentang Taman Tugu dan mempromosikan tempat ini. Kita tidak membuat masjlis perasmian terbuka, semuanya melalui media sosial dan juga sekolah-sekolah kebangsaan dan swasta.
“Bagi menggalakkan kesedaran, kami cuba menggalakkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku. Misalnya, sekitar denai hutan (Taman Tugu), tiada satu tong sampah yang berada di sana kerana tidak mahu sampah itu disepah oleh monyet.
"Jadi, walaupun tiada tong sampah, kita perhatikan tiada pun orang yang membuang sampah sarap,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Bumi Sedunia, di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah.
Dr Mahathir ketika pada majlis tersebut mengatakan dalam usaha mencapai negara maju, kesejahteraan alam sekitar seperti sungai dan hutan perlu dijaga supaya ia tidak terancam.
BACA: Malaysia tidak akan jadi negara maju jika sungai, udara tercemar - Tun M
Mengulas lanjut, Jacob berkata pelbagai usaha kini sedang dirangka bagi memastikan warisan negara terus kekal dan terjaga.
Jelasnya, setakat ini kira-kira 40 ekar daripada keseluruhan 66 ekar kawasan Taman Tugu termasuk denai rimba telah dibuka kepada orang ramai secara percuma dan dijangka 20 ekar lagi dibuka menjelang tahun 2021.
“Menjelang tahun 2021 dan ideanya adalah, tanah ini akan dipindahkan kepada Amanah Awam yang dihasratkan untuk dipanggil “Amanah Warisan Negara”,” katanya.
Hasimi Muhamad
Sat Apr 20 2019
Bagaimanapun, kata Jacob, pelbagai kempen dan usaha perlu dijalankan bagi menyemarakkan rasa cinta terhadap alam sekitar termasuklah melalui sistem Pendidikan.Gambar Youtube/Calvin Raqeem Jacob
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Hari Bumi: Kesedaran rakyat Malaysia terhadap alam sekitar meningkat
Kesedaran masyarakat mengenai alam sekitar dan ekosistem semula jadi dilihat mula menunjukkan peningkatan.