MALAYSIA
Hari Hol: Pemangku Sultan Johor berangkat ke Makam Diraja

Istiadat Hari Hol adalah hari istimewa buat seluruh rakyat Johor bagi memperingati serta menzahirkan penghormatan kepada Almarhum Sultan-Sultan yang telah mangkat. - Foto FB HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail hari ini berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Ziarah Makam Diraja Johor bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.
Ringkasan AI
- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Majlis Ziarah Makam Diraja sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar, bersama ahli kerabat diraja lain.
- Hari Hol disambut setiap 6 Safar dalam kalendar Hijrah untuk memperingati sumbangan Sultan-Sultan Johor yang telah mangkat dan memohon keampunan untuk roh mereka.
- Istiadat ini turut dikongsi secara rasmi di Facebook baginda, menandakan keharmonian tradisi diraja Johor dan penghormatan rakyat terhadap sejarah serta institusi kesultanan.
Istiadat Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar diadakan pada setiap tahun mengikut kalendar Hijrah, iaitu pada 6 Safar dan merupakan hari istimewa seluruh rakyat Johor bagi memperingati serta menzahirkan penghormatan kepada Almarhum Sultan-Sultan yang telah mangkat.
Selain itu, ia diadakan untuk berdoa ke hadrat Allah dan memohon limpah keampunan-Nya kepada roh mereka yang telah kembali ke rahmatullah dan dihimpunkan mereka dalam kalangan orang-orang beriman.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami