Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim memberitahu pemberita pada sidang media di Lahad Datu hari ini bahawa anggota keselamatan negara telah bertembung dengan kumpulan musuh yang terdiri dari empat orang.

Seorang daripadanya telah berjaya ditembak mati pada pukul 10:15 pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata saki-baki musuh dilihat sudah bergerak dalam kumpulan kecil dan beliau berharap orang ramai tidak memasuki kawasan operasi.

Beliau menambah, hampir 80 peratus daripada bedah siasat ke atas mayat pengganas Sulu yang terbunuh dalam operasi Ops Daulat telah dilengkapkan.

Pada sidang media yang sama, Hamza berkata setakat ini seramai 104 orang telah ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) manakala 241 orang lagi telah ditahan dibawah akta-akta lain.

Selain itu beliau berkata proses menjejaki musuh, pemeriksaan dan pengeledahan sedang giat dijalankan dan Kampung Tanjung Batu dijangka akan dibersihkan serta selamat dari pengganas Sulu secara sepenuhnya esok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Umno Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran hari ini menyatakan keyakinan beliau bahawa pilihan raya dapat dilakukan dengan lancar di kawasan parlimen itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kesesuaian persenjataan termasuk logistik perlu diambil kira agar pasukan keselamatan negara mendapat kelengkapan alatan kententeraan yang sesuai mengikut keadaan.