DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.
Jumlah kematian akibat kesan gabungan taufan Nika (nama antarabangsa Toraji), Ofel (Usagi) dan Pepito (Man-yi) telah meningkat kepada tujuh dengan kira-kira 820,831 keluarga terjejas, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) pada Rabu.
Kerajaan Indonesia telah bersetuju dengan permintaan Filipina untuk memindahkan pekerja Filipina di luar negara (OFW) Mary Jane Veloso yang disabitkan kesalahan ke penjara tempatan, umum Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. pada Rabu, lapor Philippine News Agency (PNA).
Tentera Lubnan pada Selasa memaklumkan bahawa tiga anggotanya terkorban dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pos tentera di Sarafand, sebuah kampung di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan hampir 100 lori yang membawa makanan untuk penduduk Palestin dirompak secara kejam selepas memasuki Gaza, Sabtu lalu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata Israel menawarkan ganjaran sebanyak AS$5 juta (RM23.5 juta) bagi setiap tebusan yang berjaya dikembalikan.
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump mengumumkan pelantikan Dr Mehmet Oz, pakar bedah dan selebriti TV yang dikenali sebagai "Dr Oz", untuk mengetuai program insurans kesihatan awam besar-besaran negara itu.
Syarikat penerbangan terkemuka Amerika Syarikat, Boeing, bakal memberhentikan lebih 2,500 pekerja di beberapa negeri termasuk Washington, Oregon, Carolina Selatan dan Missouri.
Hampir 200 sekolah di United Kingom (UK) terpaksa ditutup akibat salji yang turun dengan lebat.
Tiga petugas maut disyaki akibat sesak nafas semasa menjalankan ujian prestasi kenderaan di kilang Hyundai Motor Co di Ulsan pada Selasa, menurut pegawai.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami