ALOR SETAR: Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022 disambut meriah dan penuh warna-warni apabila lebih 20,000 penduduk dari seluruh negeri membanjiri Dataran Medan Bandar, hari ini.
Selepas dua tahun tidak disambut semangat dapat dilihat apabila orang ramai mula berkumpul seawal jam 7 pagi di sepanjang laluan dari Pekan Melayu hingga ke Dataran Medan Bandar berhadapan Masjid Zahir.
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan dan Perarakan.
Majlis dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan utama Batalion Ke-6 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra yang disempurnakan Sultan Sallehuddin.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
BACA KANDUNGAN EKSKLUSIF ASTRO AWANI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2022, DI SINI
Sebelum itu, lebih 6,000 peserta terdiri daripada 115 kontinjen dari pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan berpakaian seragam, universiti dan sekolah mengambil bahagian dalam perarakan itu.
Antaranya, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah, Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah dan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah.
Selain itu, perbarisan turut disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah (JHEAIK), Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Istiadat itu turut diserikan dengan persembahan hiburan, pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (SMKSA) dan nyanyian koir Majlis Perbadanan Kulim (MPKK).
Adie Sufian Zulkefli
Wed Aug 31 2022
lebih 6,000 peserta terdiri daripada 115 kontinjen dari pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian dalam perarakan itu. - Foto Astro AWANI
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Bahagia Kita: Kisah pengembaraan Haikal mencari erti sebenar kemerdekaan
Celcom menampilkan sebuah filem pendek yang sarat dengan mesej meraikan keharmonian dan kebahagiaan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini
Agong zahir penghargaan kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022
Yang di-Pertuan Agong zahirkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada kerajaan, peserta dan penganjur atas kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Jadilah Pembela Merdeka dalam PRU15 kerana Malaysia layak dapat yang lebih baik!
Kemerdekaan bukanlah menggantikan satu set elit pemerintah yang kebal di sisi undang-undang dengan satu set elit pemerintah yang lain yang juga kebal di sisi undang-undang.
Hubungan Indonesia, Malaysia tetap kuat - Sri Mulyani
Keakraban sejak 1957 itu telah menghasilkan banyak manfaat dan saling membantu demi kepentingan bersama.
Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.
Keluarga Malaysia perlu bersatu padu pertahan keharmonian - PM
Keluarga Malaysia perlu terus kekal bersatu padu dan mempertahankan keharmonian dalam semua aspek sebagai rencah utama kestabilan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presiden China Xi Jinping ucap tahniah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada Rabu.
Hari Kebangsaan 2022: JPS johan kawad peringkat negeri Perak
Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) muncul johan kawad kategori jabatan kerajaan sempena perbarisan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Perak.
Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera
Seramai hampir 3,000 warga Bera membanjiri Laman Kerayong bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang dijalankan sebelum detik jam 12 tengah malam.
Pandemik COVID-19 mengajar hargai erti kebebasan, kemerdekaan - MB Perak
Perang menghadapi pandemik COVID-19 lebih dua tahun telah memberi keinsafan kepada semua pihak untuk lebih mendalami erti sebuah kemerdekaan.