awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Pelarian Sedunia 2023: CENTHRA tegaskan komitmen solidariti untuk pelarian

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
20/06/2023
03:00 MYT
Hari Pelarian Sedunia 2023: CENTHRA tegaskan komitmen solidariti untuk pelarian
CENTHRA menuntut komuniti global menentang diskriminasi kepada golongan pelarian, sebaliknya mendorong sikap empati kepada mereka - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dengan tegas menyuarakan komitmennya untuk bersolidariti dengan pelarian di seluruh dunia bersempena Hari Pelarian Sedunia 2023.
Dalam satu kenyataan CENTHRA mengakui keberanian, ketabahan, dan cabaran yang dihadapi oleh para pelarian dalam perjuangan mereka untuk mencari perlindungan dan kehidupan yang bermaruah.
CENTHRA juga menegaskan penting bagi masyarakat global membuka mata untuk mencari solusi dalam menyelesaikan isu pelarian dengan memaknai kepentingan perjuangan hak asasi manusia.
Pada masa sama, CENTHRA juga menggesa pemerintah, organisasi dan individu yang terlibat dalam usaha memberi perlindungan kepada komuniti pelarian untuk melanjutkan bantuan sedia ada dengan memberi perlindungan, termasuk hak suaka sewajarnya tanpa mengambil kira bangsa, warna kulit dan agama.
Selain itu, CENTHRA juga menuntut komuniti global untuk menentang kefahaman xenophobia, diskirminasi dan sterotaip pendidikan terhadap pelarian.
Sebaliknya, memayungi mereka dengan sikap empati, kesefahaman dan penghargaan sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan hak mereka sebagai manusia.
Sambutan hari pelarian sedunia disambut setiap tahun pada tanggal 20 jun.
Pada tahun ini, sambutan itu mengangkat tema Hope Away From Home sebagai langkah membangun kembali pengharapan kehidupan pelarian menerusi dukungan komuniti global.
Topic Berkaitan
#hari pelarian sedunia
#Centhra
#hak asasi manusia
#solidariti
#xenophobia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan