TANGGAL 10 September setiap tahun merupakan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia. Menurut 'International Association of Suicide Prevention (IASP)', tema untuk tahun ini adalah bekerja bersama dalam mencegah bunuh diri (working together to prevent suicide).
Ini merupakan tahun ketiga di mana IASP menggunakan tema yang sama. Ia menunjukkan betapa pentingnya agar semua pihak bersama-sama memainkan peranan dalam mencegah berlakunya kejadian bunuh diri.
Ia bukan sahaja melibatkan individu, masyarakat, agensi-agensi berkaitan malah kerajaan juga harus berganding bahu bagi membantu mencegah kejadian bunuh diri.
Terdapat banyak kes bunuh diri yang dilaporkan oleh media saban hari. Malah peningkatannya agak ketara akhir-akhir ini walaupun kita tidak mempunyai angka terkini yang tepat tentang insiden bunuh diri di negara kita.
Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia 'Preventing Suicide, A Global Imperative', dianggarkan lebih daripada 800,000 orang di seluruh dunia membunuh diri setiap tahun.
Ini bersamaan dengan satu kematian akibat bunuh diri setiap 40 saat. Manakala bagi setiap satu kes kejadian bunuh diri, terdapat kira-kira 25 kes cubaan bunuh diri. Ini adalah satu angka yang agak membimbangkan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bunuh diri berada di antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berumur 15 sehingga 29 tahun.
Alami impak
Kejadian bunuh diri ini bukan sahaja melibatkan individu kerana bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 20 orang ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi.
Ini jelas menunjukkan bahawa ia turut memberi kesan kepada masyarakat sekeliling serta perlunya penglibatan semua pihak bagi membantu.
Di Malaysia, National Suicide Registry Malaysia (NSRM) melaporkan, kadar bunuh diri adalah 1.3 bagi setiap 100,000 penduduk dengan jumlah kes sebanyak 1,100 kes dari tahun 2008 sehingga 2010. Bagaimanapun, ini hanya berdasarkan kepada kes yang disahkan melalui bedah siasat sahaja.
Terdapat kemungkinan bahawa angka ini adalah lebih rendah berbanding kes sebenar kerana terdapat kes bunuh diri yang dilaporkan sebagai mati mengejut atau 'sudden death'.
Statistik daripada Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tempoh lima tahun (2010-2014) menunjukkan sejumlah 338 kematian di hospital-hospital Kementerian Kesihatan adalah disebabkan perbuatan mencederakan diri.
Jumlah kematian bagi lelaki adalah lebih tinggi daripada wanita manakala kumpulan umur tertinggi adalah mereka di antara 25 sehingga 44 tahun.
Ingin diperjelaskan bahawa walaupun lebih ramai lelaki yang membunuh diri tetapi didapati bahawa cubaan bunuh diri adalah lebih tinggi di kalangan wanita. Penemuan ini adalah konsisten di seluruh dunia.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017 (NHMS 2017) pula mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur di antara 13 sehingga 17 tahun menunjukkan peningkatan di mana prevalen idea ingin bunuh diri adalah 10 peratus pada tahun 2017 berbanding 7.9 peratus pada 2012, prevalen membuat perancangan untuk bunuh diri adalah 7.3 peratus (2017) berbanding 6.4 peratus (2012), manakala cubaan bunuh diri adalah 6.9 peratus (2017) berbanding 6.8 peratus (2012).
Pelbagai faktor yang turut menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri, antaranya gangguan mental seperti kemurungan, penyalahgunaan dadah, tekanan, masalah dalam perhubungan, kewangan, penyakit fizikal yang kronik serta sejarah bunuh diri dalam keluarga.
SAD PERSONS
Di dalam membuat penilaian risko terdapat beberapa kriteria yang digunakan bagi menentukan sama ada sesorang itu mempunyai risko yang tinggi.
Biasanya skala yang sering digunapakai adalah Skala 'SAD PERSONS'. Menurut skala ini mereka yang mempunyai kriteria berikut mempunyai risiko yang tinggi untuk membunuh diri iaitu:
1) Lelaki
2) Berusia kurang dari 19 atau lebih dari 45 tahun
3) Mempunyai penyakit kemurungan
4) Pernah membuat cubaan untuk membunuh diri
5) Penyalahgunaan alkohol
6) Hilang pemikiran rasional
7) Kurang sokongan sosial
8) Mempunyai perancangan untuk membunuh diri yang teratur.
9) Tiada pasangan hidup
10) Mempunyai penyakit kronik.
Bagaimanpun perlu diperjelaskan bahawa strategi pencegahan bunuh diri tidak hanya perlu ditumpukan kepada golongan yang berisiko tetapi juga harus dibuat secara universal.
Apakah langkah yang dapat dilakukan untuk mencegah kejadian bunuh diri?
1) Mengurangkan stigma terhadap mereka yang membuat cubaan bunuh diri serta penyakit mental. Ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kesedaran serta sokongan terhadap mereka menerusi media sosial, kempen, bengkel dan sebagainya.
2) Meningkatkan akses kepada rawatan dengan melatih lebih ramai pengamal perubatan di peringkat kesihatan primer.
3) Mengurangkan akses kepada cara bunuh diri. Contohnya mengharamkan penjualan racun Paraquat .
4) Pelaporan media yang bertanggungjawab apabila melibatkan kes bunuh diri. Adalah penting agar insiden bunuh diri tersebut tidak dilaporkan dengan terperinci terutamanya mengenai kaedah yang digunakan, disensasikan serta elakkan memaparkan gambar insiden tersebut.
5) Mengkaji semula serta memansuhkan Akta 309 yang menjadikan kes bunuh diri sebagai satu jenayah. Ini membolehkan mereka yang membuat cubaan bunuh diri mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan bukannya dihukum.
Secara individu, apakah yang mampu kita lakukan?
Jika anda berhadapan dengan individu yang kelihatan murung serta menyatakan rasa berputus asa, berikut adalah langkah yang boleh dilakukan:
1) Bertanyakan perasaan mereka serta menggalakkan mereka untuk meluahkan perasaan.
2) Dengar masalah yang dialami secara aktif. Biasanya mereka yang sedang mengalami tekanan tidak mencari nasihat secara khusus tetapi memerlukan seseorang untuk mendengar secara empati. Ini dapat membantu mereka untuk rasa tidak berkeseorangan di samping mengurangkan tekanan.
3) Berhati-hati agar tidak menghakimi masalah yang dialami oleh mereka. Contohnya dengan mengatakan bahawa masalah tersebut kecil atau tidak penting.
4) Tanyakan sama ada mereka perlukan apa-apa bantuan atau pertolongan dari anda.
Walaubagaimanapun jika individu tersebut menyatakan bahawa terdapat keinginan untuk membunuh diri maka beliau perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikiatri dengan segera.
Ke mana harus dapatkan rawatan?
Pemikiran untuk membunuh diri dan cubaan bunuh diri merupakan perkara yang serius dan perlu mendapatkan rawatan dari perkhidmatan psikiatri dengan segera.
Seseorang itu boleh terus ke Jabatan Kecemasan di hospital yang berhampiran di mana mereka akan terus dirujuk kepada perkhidmatan psikiatri untuk penilaian serta rawatan lanjut.
Kesimpulannya, kejadian bunuh diri boleh dicegah tetapi semua pihak harus bekerjasama dan memainkan peranan dalam memastikan matlamat ini dicapai.
Sebagai individu, kita juga dapat membantu dengan mengambil masa untuk mendengar, cakna dengan orang sekeliling serta dapatkan bantuan yang sewajarnya untuk mereka yang memerlukan.
Selamat Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020!
* Penulis adalah Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA).
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Firdaus Abdul Gani
Thu Sep 10 2020
Kejadian bunuh diri boleh dicegah tetapi semua pihak harus bekerjasama dan memainkan peranan dalam memastikan matlamat ini dicapai. - Freepik
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.
CMCF kerjasama bangun garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pemain industri, pejuang kesihatan mental, pengamal perubatan dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memantau siaran-siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok.
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.