KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menggesa semua orang mendengar suara wanita yang memperjuangkan hak mereka.
Seri Paduka bertitah baginda secara peribadi akan terus menyokong mana-mana gerakan yang memperjuangkan hak wanita, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
"Ini semua tentang pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender. Adalah penting untuk mendengar wanita memperjuangkan hak mereka," titah Seri Paduka pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan di sini hari ini.
Tunku Azizah juga memuji wanita kerana memainkan peranan penting di Malaysia, termasuk sebagai pendamai yang penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara ini.
Pada majlis anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) itu, Tunku Azizah turut melancarkan buku bertajuk 'Keberanian Pelopor NCWO' mengenai pengasas NCWO.
Majlis turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bertitah pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Ke-60 di Dewan Perdana Felda hari ini. - BERNAMA
[TERKIN] Gegar Vaganza 11: Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11
Liza mendendangkan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu duet Cinta bersama Krisdayanti dan beradu suara dengan tiga peserta wanita lain dalam pusingan battle menerusi lagu Angkat.
Pengunduran Israel: Penduduk Palestin bergerak melalui Netzarim
Ribuan rakyat Palestin telah melalui kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk pulang ke rumah mereka di utara Gaza.
Sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 feb
Mesir akan menganjurkan sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini di wilayah Palestin.
Prabowo seru media supaya punyai integriti
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menekankan kepentingan kewartawanan profesional dengan integriti, menyifatkannya sebagai aset berharga kepada negara.
CPI: Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik, tangga ke 25 tak mustahil
Peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka memberi impak positif, selain daripada pelbagai program serta perancangan anti rasuah yang telah dilaksanakan.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.
Keputusan keahlian akan dibincang dengan presiden UMNO
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
MINDEF di peringkat akhir muktamad tapak Mawilla 4 di Bintulu
Kementerian pertahanan (MINDEF) dalam peringkat akhir muktamadkan pemilihan tapak dengan kerajaan Sarawak bagi pembinaan markas wilayah laut 4 (Mawilla 4) tentera laut diraja malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.
Kanak-kanak ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai
Kanak-kanak yang diselamatkan dari GISB Holdings Sdn Bhd yang masih mempunyai urusan di mahkamah akan mengikuti sesi persekolahan baharu selepas proses di mahkamah selesai.
Usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na’im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Hari Wanita Kebangsaan: Dengarlah suara wanita - Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menggesa semua orang mendengar suara wanita yang memperjuangkan hak mereka.

Hari Wanita Kebangsaan 2020: Empat fokus utama digarap
Antara program dan aktiviti yang akan dilaksanakan bersempena sambutan Hari Wanita 2020 ialah konvensyen pertubuhan bukan kerajaan wanita 2020, Young Women Bootcamp dan video kreatif Hari Wanita 2020.

Penghidap kanser antara 6 wanita dalam misi tawan Gunung Elbrus
Misi yang dinamakan Kembara Srikandi Prihatin Negaraku itu turut diadakan bersempena Hari Wanita Kebangsaan pada 25 Ogos.