KUALA LUMPUR : Sempena Hari Wesak hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan agar Keluarga Malaysia menyambutnya dengan falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan.

Menerusi perkongsian di media sosial rasminya, beliau turut menggesa untuk melakukan kerja-kerja amal selain toleransi dan kasih sayang.


"Semua perayaan diraikan dalam suasana kasih sayang, dan hormat menghormati  dengan penuh harmoni.

"15 Mei 2022, Keluarga Malaysia yang beragama Buddha menyambut Hari Wesak.

"Hari Wesak disambut untuk memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi dan kasih sayang," jelasnya.

Justeru beliau mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak bagi yang beragam Buddha di negara ini.