IPOH: Seekor harimau dahan jantan yang dipercayai tercekik sesuatu ditemukan di belakang rumah seorang penduduk Kampung Bukit Bertam, dekat Selama, hari ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk pada 10.50 pagi dan berjaya menangkap harimau dianggarkan berusia antara tujuh dan lapan tahun itu kira-kira setengah jam kemudian.
"Haiwan itu berkemungkinan keluar dari Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak berhampiran dengan kampung berkenaan untuk mencari makanan," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
Yusoff berkata haiwan itu yang seakan-akan tercekik dan dilihat cuba memuntahkan sesuatu telah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), di Sungkai untuk rawatan.
Beliau berkata kali terakhir pihaknya menerima aduan mengenai penemuan harimau dahan adalah di Kampung Baru Ulu Kerian yang dipercayai keluar dari hutan sama pada 8 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021
Haiwan itu yang seakan-akan tercekik dan dilihat cuba memuntahkan sesuatu telah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), di Sungkai untuk rawatan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.
Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.
Harimau dahan cedera dilanggar motosikal
Perhilitan dengan kerjasama bomba tiba ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat harimau betina seberat 30 kilogram itu.
'Jangan ganggu harimau dahan jika terserempak'
Setakat ini, JHL Sabah belum dapat mengesahkan kesahihan haiwan itu berkeliaran di jalan raya.
Harimau dahan di Kampung Bukit Bertam mati akibat jangkitan virus
Hasil ujian darah mendapati haiwan itu positif Virus Canine Distemper (CDV).
Harimau dahan tercekik ditemukan di belakang rumah
Seekor harimau dahan jantan yang dipercayai tercekik sesuatu ditemukan di belakang rumah seorang penduduk Kampung Bukit Bertam, dekat Selama, hari ini.
Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it
Harimau dahan mati dijerat ditemui di Gerik
Harimau dahan jantan yang berusia antara 8 hingga 10 tahun itu ditemui dalam keadaan kakinya tertusuk dawai jerat.