MERSING: Harimau belang yang dilaporkan ditemui orang awam di Jalan Jemaluang di sini Rabu lepas dipercayai bukan harimau sama seperti yang ditemui di Hutan Simpan Lenggor, Kluang, minggu lepas.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminuddin Jamin berkata ini kerana, berdasarkan siasatan, lokasi kedua-dua haiwan itu ditemui adalah pada jarak yang agak jauh.
"Bagaimanapun, orang ramai yang berdepan situasi ternampak harimau belang ketika sedang menaiki kenderaan di mana-mana sahaja, segera salurkan maklumat kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
"Jangan cuba turun daripada kenderaan, membaling objek atau mencederakan haiwan tersebut yang dikhuatiri mendorong mereka untuk bertindak balas (secara agresif)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau Hutan Simpan Lenggor dan memasang perangkap kamera bagi memudahkan usaha menjejaki haiwan berkenaan.
"Sifat sebenar harimau belang tidak menampakkan diri mereka namun lokasi penemuan haiwan liar itu didapati di dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin yang mana merupakan habitat dan kawasan keliarannya.
"Justeru itu, kita ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan liar termasuk harimau dan gajah yang cenderung menyerang mangsa jika berasa terancam atau untuk mendapatkan makanan," katanya.
Pada 20 Oktober lepas, media melaporkan dua rakaman video memaparkan gelagat beberapa individu yang terserempak dengan haiwan pemangsa berkenaan di Hutan Simpan Lenggor membunyikan hon kenderaan, tular di media sosial.
Susulan itu, baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sepasang suami isteri Mohd Shahrum Salleh, 36, dan Nurhidayahlaily Su'alman, 32, berdepan detik cemas apabila mendakwa melihat seekor harimau belang ketika sedang menaiki kereta di Jalan Jemaluang.
Sementara itu, Mohd Shahrum ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian itu, dia dan Nurhidayahlaily yang menjalankan perkhidmatan sanitasi sedang dalam perjalanan menuju ke Felda Tenggaroh dan itu merupakan pengalaman pertama mereka terserempak dengan harimau selain gajah.
"Sebelum ini, laluan berkenaan banyak monyet berkeliaran, namun kini tiada lagi dan dalam kejadian kira-kira 8 pagi, 27 Oktober lepas, apabila kami tiba di laluan itu, saya bergurau dan berkata kepada isteri kemungkinan ada harimau sebab itu monyet semua takut mahu keluar.
"Tidak lama kemudian, kami berdua tergamam apabila ternampak seekor harimau belang sedang duduk di tepi jalan dan saya terus berhentikan kereta sedikit jauh kerana bimbang untuk teruskan perjalanan sebelum haiwan liar itu bangun dan menuju ke hutan," katanya sambil menambah ketika itu isterinya sempat merakamkan gambar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Tangkap layar daripada akaun Facebook milik Mohd Shahrom yang memaparkan seekor harimau muncul di tepi jalan dan mendakwa berlaku di Jemaluang, Mersing baru-baru ini. - Sinar Harian
Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam
Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Hail Amir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pertumbuhan pinjaman industri perbankan 5.4 peratus seiring jangkaan bagi tahun ini
Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan sebanyak 5.4 peratus setakat tahun ini, adalah sejajar dengan unjuran julat pertumbuhan 4.0-5.0 peratus bagi 2024.
Penunjuk perasaan kampus bertembung di Chicago
Penunjuk perasaan Pro-Palestin dan pro-Israel Universiti DePaul di Chicago, Illinois mengadakan protes serentak pada Ahad sebagai tanda sokongan mereka kepada Israel dan Palestin dalam perang di Gaza.
Israel mulakan pemindahan penduduk Palestin di Gaza
Tentera Israel mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah kepada kawasan yang didakwanya sebagai 'zon kemanusiaan' pada Isnin
Latihan tentera: Simulasi pamer kekuatan, erat kerjasama AS- Filipina
Latihan tahunan itu melibatkan kira-kira 16,000 tentera Filipina dan Amerika sudah bermula bulan lalu, akan berlangsung sehingga 10 Mei.
Banjir: Penyelamat Brazil giat selamatkan penduduk terkandas
Ribuan penduduk terkandas di Rio Grande Do Sul tanpa makanan dan air bersih selepas banjir melanda dan mengorbankan sekurang-kurangnya 78 orang.
[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet
Jenayah cetak rompak beri kesan amat buruk kepada industri hiburan dan media negara, dengan kerugian tahunan dilaporkan sekitar RM3 bilion dan RM500 juta dalam bentuk cukai.
Malaysia harap kerjasama ASEAN ke arah tampil kawal selia komunikasi dan multimedia lebih baik
Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan negara anggota ASEAN yang lain untuk berusaha ke arah mengawal selia industri komunikasi dan multimedia dengan lebih baik.
Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.