KUALA LUMPUR: Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan negara anggota ASEAN yang lain untuk berusaha ke arah mengawal selia industri komunikasi dan multimedia dengan lebih baik dan bekerjasama rapat sebagai blok serantau, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Dalam ucapan perasmiannya pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC 2024) sulung di sini hari ini beliau berkata sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berhasrat untuk menyemarakkan forum pimpinan ASEAN dan mecatatkan pencapaian penting.
Beliau berkata rangka kerja pengawalseliaan serantau mengenai keselamatan dalam talian dijangka memudahkan penyelarasan dan kerjasama kalangan negara anggota ASEAN dalam menangani cabaran bersama berkaitan keselamatan dalam talian, serta membina konsensus serantau mengenai komitmen ASEAN untuk menjaga persekitaran digital.
"Dengan aspirasi itu marilah kita salurkan usaha kolektif kita ke arah memupuk ASEAN yang lebih bersepadu dan berdaya tahan.
"Dengan bekerjasama secara berkesan dan menerima amalan kawal selia yang inovatif, kita boleh memastikan masa depan yang lebih cerah dan terjamin untuk semua negara ASEAN," katanya.
Fahmi berkata menjelang berakhirnya Wawasan Komuniti ASEAN 2025 tahun depan, ia menuntut blok 10 negara anggota itu untuk menimbangkan apa yang ada pada dekad akan datang untuk ASEAN, bersama-sama dengan strategi dan matlamat yang akan menentukan hala tuju masa depan rantau itu.
"Bagi menangani kedua-dua cabaran dan trend semasa dan masa depan dari dalam dan luar rantau ini, kita cadangkan supaya dibangunkan satu wawasan pasca 2025 yang memberi inspirasi, inklusif dan berpandangan ke hadapan untuk Komuniti ASEAN, yang merangkumi 20 tahun akan datang," katanya.
Dalam konteks Malaysia, Fahmi berkata kerajaan telah memperkenalkan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024, satu langkah perundangan yang bertujuan untuk melindungi sempadan digital negara dan melindungi rakyatnya daripada ancaman siber yang muncul.
Beliau berkata kerajaan juga dalam peringkat akhir memuktamadkan rangka kerja kawal selia untuk platform perkhidmatan dalam talian, khususnya media sosial dan pembekal khidmat pesanan internet.
"Apabila dikawal, platform ini akan dikehendaki mematuhi undang-undang Malaysia dan dijangka mematuhi keperluan tertentu. Ia termasuk keperluan untuk melindungi individu muda dengan mencadangkan sekatan penggunaan media sosial bagi mereka yang berumur di bawah 13 tahun," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama kerajaan giat merangka undang-undang untuk menangani keselamatan dalam talian termasuk penipuan dan penipuan dalam talian, kesalahan berkaitan seksual dan ucapan kebencian, di samping memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan dalam talian melalui pembangunan Portal AI.
Mengenai IRC 2024, Fahmi berkata input pengawal selia dan pakar perkara berkenaan pada persidangan ini adalah penting untuk memastikan sektor komunikasi dan multimedia terus berkembang maju dan membentuk masa depan dengan ekosistem digital kekal sebagai penggerak untuk ketersambungan dan inovasi.
Pada sidang media kemudian, Fahmi berkata melalui persidangan itu Malaysia boleh mempelajari mengenai masalah dihadapi negara lain dan aspek kawal selia yang dilaksanakan.
"Harapan saya dengan adanya IRC ini, pertama kita dapat laksanakan secara berkala. Kedua hasil daripada perbincangan ini mungkin ada beberapa langkah atau strategi yang kita boleh teliti sekiranya bersesuaian dengan keadaan di Malaysia, boleh dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi juga akan melihat kesesuaian sama ada IRC boleh dicadangkan kepada Sekretariat ASEAN untuk dimasukkan dalam kalendar acara tahun depan apabila Malaysia mengambil alih kepengerusian blok serantau itu.
"Bagi Kementerian Komunikasi, memang kita telah cadangkan sejumlah acara melibatkan agensi kita termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Finas, Bernama dan lain-lain.
"Di peringkat ASEAN ada forum tertentu yang mengumpulkan badan kawal selia, menteri yang menguruskan isu penerangan dan digital... jadi saya minta pihak kementerian teliti hasil IRC 2024 dan kesesuaian untuk kita masukkan dalam kalendar ASEAN," katanya.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Suruhanjaya Kopmunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din.
IRC 2024 anjuran MCMC menghimpunkan pakar komunikasi dan multimedia, termasuk pengawal selia dan penggubal dasar, dari negara-negara ASEAN, Korea Selatan, Australia dan United Kingdom.
Seramai 800 peserta menghadiri persidangan dua hari itu dengan tema 'Menyelaras Inovasi Dengan Keselamatan Untuk Masa Depan Mampan' yang membincangkan pelbagai inovasi, teknologi baru muncul, rangka kerja kawal selia dan pendekatan dalam lingkungan industri komunikasi dan multimedia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika berucap pada perasmian International Regulatory Conference (IRC) 2024 hari ini. - Foto Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#ASEAN52: Makanan mampu merakyatkan ASEAN, bukan lagi retorik
Kesatuan 10 negara anggota itu tidak harus hanya memfokuskan kepada hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G) tetapi menjadikannya rakyat dengan rakyat (people centric).