awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harta intelek: Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert - Armizan

Bernama
Bernama
13/09/2024
04:20 MYT
Harta intelek: Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert - Armizan
Menurut Armizan, dengan penyertaan ini, Malaysia kini berada di barisan hadapan bersama 14 negara lain yang telah menyertai platform ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini secara rasminya menyertai platform perkongsian data WIPO Alert ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau dalam kenyataan hari ini memaklumkan WIPO Alert ialah platform dalam talian dibangunkan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) untuk membantu agensi penguatkuasaan memuat naik dan mengakses senarai laman sesawang yang dikenal pasti melanggar hak cipta.
"Dengan penyertaan ini, Malaysia kini berada di barisan hadapan bersama 14 negara lain yang telah menyertai platform ini. Melalui perkongsian maklumat, Malaysia dapat memperkukuh usaha dalam menangani pelanggaran hak cipta di platform digital sekali gus melindungi pemilik harta intelek.
"Inisiatif ini bukan sahaja memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara, tetapi memudahkan proses dan tindakan sedia ada dalam memerangi cetak rompak digital serta kandungan pengiklanan tanpa kebenaran," katanya.
Terdahulu, beliau hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Persefahaman (LoU) antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan WIPO di ibu pejabat WIPO di Geneva, Switzerland.
Platform perkongsian data WIPO Alert dikendalikan WIPO, sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Armizan berkata penyertaan dalam WIPO Alert membuktikan komitmen Malaysia untuk melindungi kepentingan pemilik harta intelek dan memastikan integriti pasaran digital.
Beliau berkata sepanjang tempoh 2018 hingga 2024, sejumlah 4,084 sekatan laman sesawang telah dilaksanakan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama MyIPO dan agensi-agensi berkaitan.
"Sekatan ini dibuat atas kesalahan melanggar kandungan hak cipta. Pembangunan dan pemerkasaan penguatkuasaan dalam ekosistem digital ini perlu diteruskan dan saya akan memastikan kerjasama dengan WIPO ini diteruskan melalui pembangunan kapasiti dan latihan.
"(Selain itu), penglibatan aktif Malaysia di persidangan antarabangsa yang melibatkan isu penguatkuasaan digital ini bagi mengekang apa-apa bentuk aktiviti yang terkait dengan pelanggaran hak cipta digital," katanya.
Beliau berkata pembangunan ekosistem harta intelek yang kondusif adalah penting untuk menggalakkan pelaburan asing dan seterusnya menambah baik kedudukan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WIPO Alert
#Armizan Mohd Ali
#harta intelek
#era digital
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan