KUALA LUMPUR: Pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkenaan 4,186 jawatan tetap tambahan akan diwujudkan di kementerian itu menjelang Jun 2022 disifatkan sebagai satu tindakan yang ditunggu-tunggu oleh kumpulan doktor kontrak di seluruh negara.
Jelas jurucakap Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak, Dr Mustapha Kamal pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.
"Kita lihat satu perkembangan positif daripada YB Menteri Khairy Jamaluddin sendiri, kita lihat ini satu perkembangan yang positif daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan MMA dan MMI yang turut hadir dalam town hall semalam.
"Jadi bagi kami ini adalah satu langkah ke hadapan untuk doktor kontrak, jadi dengan perjawatan tetap ini makin ramai doktor kontrak yang dapat masuk jawatan tetap dan akan terus ke program kepakaran dan seterusnya menepati aspirasi YB Khairy Jamaluddin untuk menambah lagi pakar," jelasnya ketika ditemubual Astro AWANI pada Jumaat.
Minta diperhalusi kriteria
Tambah Dr Mustapha, bagaimanapun pihaknya meminta agar KKM dan Menteri Kesihatan sendiri agar dapat memperhalusi kriteria perjawatan tetap yang dimaklumkan itu.
Meskipun hanya 4,186 penjawatan tetap tambahan yang diumumkan, namun jelasnya ia merupakan langkah pertama dalam menyelesaikan isu doktor kontrak yang berlanjutan sejak tahun 2016.
"YB KJ dalam Parlimen ada menyebut 23,077 doktor kontrak, sekarang dengan penjawatan tetap 4,000 masih tidak cukup, tapi apa yang dia dah janjikan dan mesyuarat bersama jemaah menteri, dan ia telah disahkan.
"Jadi kami fikir ini adalah satu langkah ke hadapan dan melihat ini sebagai satu langkah positif, kami juga harapkan lebih banyak berita gembira akan diumumkan selepas ini," ujarnya lagi.
Mengulas lanjut berhubung keputusan kerajaan itu, tambah Dr Mustapha, dia yakin isu kekurangan doktor pakar dalam negara juga dapat diselesaikan.
Kekurangan doktor pakar boleh diselesaikan
Penambahan itu katanya bukan hanya mampu mengurangkan bebanan ditanggung doktor pakar, malah rakyat juga ujarnya dapat menikmati perkhidmatan perubatan yang lebih baik.
"Kita tahu rakyat Malaysia amat mengharapkan sektor kesihatan awam, jadi kalau tiada pakar-pakar ini, dan mereka terpaksa ke klinik pakar akan mengambil masa lama.
"Untuk jumpa doktor pakar temu janji mengambil masa enam hingga lapan bulan, jadi dengan bantuan perjawatan tetap ini, ia membuka banyak peluang dan dapat menyelesaikan 80-90 peratus masalah itu," jelasnya lagi.
Semalam, Khairy dalam kenyataannya memaklumkan jemaah menteri bersetuju supaya 4,186 jawatan tetap tambahan diwujudkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun ini.
Jelasnya, jumlah itu melibatkan perlantikan seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi.
Fareez Azman
Fri Feb 11 2022

Menurut Jurucakap Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak, Dr Mustapha Kamal, perkembangan positif itu dijangka dapat menyelesaikan isu doktor kontrak yang berlanjutan sejak tahun 2016. - Gambar hiasan

Banjir Baling: Warga emas berpaut pada pokok elak dibawa arus deras
Sebaik melihat air naik dengan cepat memasuki rumah mereka, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.

Parlimen: 1,497 doktor letak jawatan sejak 2017, 514 pada 2021
Dari Januari hingga 26 November 2021, seramai 514 orang pegawai perubatan lantikan kontrak telah meletakkan jawatan.

Bajet 2022: Kecewa tiada lantikan ke jawatan tetap, Hartal Doktor Kontrak umum protes kedua
Hartal Doktor akan adakan mogok kedua sebagai bantahan keputusan kerajaan melalui Bajet 2022 yang memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun.

Hartal Doktor Kontrak 2.0 mungkin dibuat jika isu tidak diselesaikan - Sekretariat hartal
HDK 2.0 akan dibuat jika isu tuntutan mereka tidak diselesaikan dan dimasukkan dalam Belanjawan 2022.

Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak
Hartal Doktor Kontrak menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap.

Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi
Kerajaan telah bersetuju melanjutkan kontrak kira-kira 14,000 doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi bagi tempoh dua tahun.

Doktor kontrak tidak menjadi masalah ketika pentadbiran saya, Najib - Tun M
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, isu itu mula dibangkitkan selepas doktor kontrak dibiarkan terlalu lama dalam jawatan tersebut.

Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.

Kami sangat sedih, apa yang dituntut tidak dapat diberikan - Doktor kontrak
Walaupun ia berlangsung hanya dalam beberapa minit - namun mesej di sebalik pergerakan keluar itu cukup besar buat mereka.

Hartal Doktor Kontrak: Polis buka kertas siasatan
Dalam tempoh PKP tiada siapa dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam sebarang perhimpunan.