Hukumnya harus bagi orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata dari sudut feqah, adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada untuk menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf.
"Ini hanya yang berkaitan dengan mu'amalat dan ibadat Maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah.
"Ibadat yang berbentuk fizikal (ibadat badaniyah) seperti solat dan puasa, tidak harus diwakilkan kepada orang lain," katanya pada majlis Iftar dan Pembayaran Zakat Perniagaan di sini.
Beliau mengulas tentang gambar berkaitan agihan zakat kepada golongan asnaf oleh beberapa wakil rakyat bukan Islam di Pulau Pinang yang tular dalam media sosial.
Katanya, ZPP hanya menyalurkan zakat menerusi pelbagai pihak termasuk menerusi wakil-wakil rakyat Islam dan bukan Islam untuk disampaikan kepada golongan asnaf.
"Asal tidak diselewengkan, pada pandangan saya, tidak perlu dijadikan isu. Sebagai mufti saya ingin menyeru umat Islam supaya tidak membesarkan perkara remeh temeh seperti ini.
"Sebaliknya perlu lebih menumpukan perhatian kepada hal-hal yang lebih penting bagi memacu pembangunan ekonomi dan pendidikan umat agar mencapai kedudukan yang lebih tinggi dan setanding dengan kaum-kaum lain," katanya.
Terdahulu pada majlis itu, lima syarikat termasuk sebuah koperasi telah membayar zakat perniagaan kepada ZPP yang diserahkan kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman.
Syarikat itu ialah Agro Bank (Haul 2017) dengan bayaran zakat perniagaan sebanyak RM40,000, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Haul 2018) sebanyak RM159,304.08, Etiqa General Takaful Bhd dan Etiqa Family Takaful Bhd (Haul 2018) sebanyak RM357,300, Maybank Islamic Berhad (Haul 2018) sebanyak RM660,398.49 dan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (Haul 2018) sebanyak RM1,098,809.54.
Keseluruhan jumlah zakat perniagaan yang diterima ZPP pada hari ini ialah RM2,315,812.11.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2019

WAN SALIM: Asal tidak diselewengkan, pada pandangan saya, tidak perlu dijadikan isu. - Gambar fail

Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Agihan Zakat: "Saya patuh Majlis Agama Islam, Sultan" - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan cadangan pengagihan zakat

Agihan zakat Selangor hanya untuk umat Islam - Sultan Selangor
Agihan zakat kepada golongan bukan Islam hanya dibolehkan sekiranya ia menjadi penyebab individu berkenaan memeluk agama Islam di bawah asnaf Mu'allati Qulubuhum.

Sultan Selangor titah syarikat korporat tunai zakat kepada LZS
Baginda bertitah, rukun Islam keempat itu bertujuan membantu individu yang miskin di negeri ini dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.

Harus bukan Islam agih bantuan zakat - Mufti Pulau Pinang
Beliau berkata dari sudut feqah, adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada untuk menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf.