awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat pulang ke kampung tidak kesampaian, warga emas ditemui meninggal dunia

Petrus Bernard
Petrus Bernard
13/03/2021
02:19 MYT
Hasrat pulang ke kampung tidak kesampaian, warga emas ditemui meninggal dunia
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kematian. - Foto ihsan PDRM
TAWAU: Hasrat seorang lelaki warga asing hendak pulang ke kampung halaman tidak kesampaian apabila mayatnya ditemui polis di pusat bandar Tawau pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, anggota polis yang bertugas di jeti CIQ lama menemui seorang lelaki terbaring di jalan Pelabuhan di belakang sebuah kedai dan dipercayai telah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki berumur 60 tahun, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang tinggal Ladang di Bousted Ruku- Ruku Kilometer 108 Telupid,jalan Sandakan Sabah.
"Maklumat awal secara lisan dari kawan mangsa mengatakan mereka bertolak dari Telupid pada Khamis jam 8 malam dan tiba di Tawau pada Jumaat jam 5 pagi kerana ingin pulang ke Nusa Tenggara Timor, Indonesia.
"Walaubagaimana pun mangsa, dikenali sebagai Edy Muhammad, didapati telah meninggal dunia sebaik tiba di Tawau," katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Mayat mangsa dibawa ke hospital Tawau dan ujian saringan COVID-19 dijalankan sebelum proses bedah siasat dilakukan untuk mengetahui punca kematian mangsa.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kematian.
Tamat.
Topic Berkaitan
#mayat
#warga asing
#Tawau
#CIQ lama
#Jalan Pelabuhan
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan